Episod akhir Tuan Anas Mikael : Misteri tangan pakai cincin besar terjawab!

Thursday, December 03, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Berakhir sudah drama popular 'Tuan Anas Mikael' dalam episod akhir 'Tuan Anas Mikael' tadi. 

Macam mana? Puas hati dengan jalan cerita episod akhir 'Tuan Anas Mikael'?

Saya sedikit puas hati, sebab misteri tangan pakai cincin besar dalam drama 'Tuan Anas Mikael' akhirnya terjawab!

Ada tak sesiapa yang dapat teka dengan betul?

Tak sangka empunya tangan pakai cincin besar itu ialah Kak Engku yang bawa watak emak Safra!

(err, ada beberapa episod drama ini yang saya terlepas tonton, jadi memang agak blur sikit bila tiba-tiba nampak Raja Azura sengih-sengih luar tingkap rumah Tuan Anas , sambil perhatikan Tuan Anas dengan Ayu Maisarah makan-makan)

(ada ek babak yang tunjukkan Raja Azura sebagai emak Safra @ ex-wife Dato Azhar sebelum ni?)

Yang tak berapa nak puas hati (bila google dan intai kat insta, ramai rupanya yang tak puas hati dengan ending 'Tuan Anas Mikael' ini) sikit tu bila peranan si empunya tangan dengan cincin besar ni tak berapa nak jelas. Peranan dia mengintai-intai saja ya?

4 setengah bintang (setengah bintang lagi kalau watak cincin besar tu jelas sikit dan tak pelik sangat...hehehe) untuk drama 'Tuan Anas Mikael' yang penuh dengan elemen yang segar, plot yang pelbagai, berbeza dengan drama adaptasi novel yang lain.

episod akhir tuan anas mikael
Sumber : Instagram zielajalil


Tak perlu kisah cinta yang merayu-rayu, cintan cintun yang melampau, konflik dunia korporat yang melampau dan adegan-adegan yang tidak sesuai untuk tontonan awam (ada tak? atau saya yang tak perasan?), drama 'Tuan Anas Mikael' berjaya menarik tontonan ramai.

Mungkin lain-lain drama adaptasi novel yang akan datang boleh mengambil resepi kejayaan drama 'Tuan Anas Mikael' ini!

Apa-apa pun, drama 'Tuan Anas Mikael' memang best!

Rasa-rasanya ada sambungan 'Tuan Anas Mikael 2' tak?





Lazada Malaysia

0 comments: