Final Piala Malaysia 2015: Misi 33 Selangor tercapai!

Sunday, December 13, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera..

selangor juara piala malaysia 2015
Sumber : melvister.com


Tahniah Selangor, juara Piala Malaysia 2015!

Dengan Selangor menang Piala Malaysia 2015 ini, maka lengkaplah 'Misi 33'  pasukan Selangor untuk bergelar juara Piala Malaysia untuk kali ke -33.

*Selangor cuti peristiwa hari Isnin? Awas dengan berita palsu!*
***update 13/12/15: Selangor cuti peristiwa Isnin (Kosmo)***

Selangor berjaya menewaskan Kedah dengan jaringan 2-0, di mana kedua-dua gol dijaringkan oleh pemain Hazwan Bakri pada minit ke-3 dan ke 47 perlawanan. Hazwan juga telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan malam ini.

Kedah cuba bangkit untuk menyamakan keadaan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan Lang Merah pada perlawanan yang berlangsung dalam keadaan hujan dan padang yang tidak begitu cantik. Kedah menunjukkan mutu permainan yang baik tetapi pertahanan Selangor bermain cemerlang dengan mengawal ketat pemain-pemain Kedah.

Beberapa pemain telah dilayangkan kad kuning dan nasib malang buat penjaga gol Kedah, Firdaus Muhammad yang menerima kad merah setelah menampan bola dengan tangan di luar kotak penalti.

Kekasaran juga dilihat dilakukan beberapa kali oleh pemain kedua-dua pasukan dan sudah pastinya yang paling saya perasan adalah kekasaran pemain Selangor, Raimi Md Nor (dikenakan kad kuning) beberapa kali terhadap pemain Kedah favourite saya, Baddrol Bakhtiar. (info tak penting: saya bukan orang Kedah, dan saya tinggal di Selangor, tapi saya minat Baddrol Bakhtiar minat cara permainan Baddrol Bakhtiar!).

Tahniah sekali lagi untuk juara Piala Malaysia 2015, Selangor.

Untuk Kedah, jangan putus asa, cuba lagi tahun hadapan!




0 comments: