Diskaun terlajak hebat di penghujung Lazada Mega Sales 10 Dec - 12 Dec

Wednesday, December 09, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Menjelang hari-hari terakhir jualan murah di Lazada, jom siap sedia untuk serbu Lazada sempena Mega Sales bermula 10 hingga 12 Disember ini!

Kat mana lagi boleh dapat diskaun-diskaun hebat macam kat bawah ni kalau bukan di Lazada.


Anda masih guna handphone zaman batu asas dan teringin nak tukar kepada smartphone?

Tiada bajet nak beli smarthone yang mahal tapi masih nak biar papa asal bergaya bergaya dengan smartphone yang canggih?

Samsung Galaxy Grand Prime di Lazada sekarang ada diskaun 94%. Kalau di luar pun bila di survey, harga Galaxy Grand ini lebih kurang dalam RM400 -RM500. Di Lazada boleh dapatkan dengan harga RM50.40!

Saya ingat nak beli sebagai second handphone. Tapi sebab terhegeh-hegeh nak klik beli, bila tengok balik dah habis stok!  Saya lambat beberapa saat je kot. Kecewa!

Pantas sungguh pembeli-pembeli online ni, saya nak screen shot page untuk kenang-kenangan dan semangat  untuk terus intai Lazada lagi bila ada salea macam ni!  dengan harga terlajak murah tu pun tak sempat. Sekejap dah habis disambar orang!

Lepas kecewa tak dapat tangkap Samsung yang murah, tangan gatal mencari smartphone yang lain. Kalau ada yang berminat, di Lazada menawarkan diskaun 17% untuk Apple IPhone 6 Plus, boleh dapatkan dengan harga RM2659.00 (lebih kurang harga masa saya beli Samsung S5 dulu).


Klik sini untuk mula berangan bergaya dengan IPhone baru anda!



Lepas itu terjumpa satu lagi item murah, robot vacuum I-Rova. Selalunya robot vacuum ini kalau di psaran harga normalnya dalam RM500 ke atas. Untuk Lazada Mega Sales ini, boleh dapat dengan harga RM189.90. Murah tu!



Tak habis di situ, merayau lagi cari barang lain dengan diskaun hebat. Kali ini jumpa pula set memasak Tefal 5 piece. Ada 2 frying pan, 2 sauce pan dan 1 milk pan. Berangan jadi chef kejap bila ada set macam ni. Harga set ini RM255.00 lepas diskaun  54%.


Klik sini untuk tangkap satu set tefal dengan harga yang murah!




Satu lagi produk best dalam shopping list saya (kalau cukup duit) ialah alat penimbang berat. Khas untuk orang yang berdiet (tapi selalu fail) macam saya, Apa yang special dengan alat penimbang ini? Alat penimbang ini bukan setakat timbang berat badan kita, tapi boleh juga mengira komposisi lemak, tulang dan otot dalam badan. Boleh rekod kan data-data yang lepas jadi mudah lah nak tengok samada diet kita berkesan atau tidak (kalau statik saja rekod, maknanya tak berkesan la diet tu!).

Lepas diskaun terlajak hebat, harga alat penimbang ini cuma RM49.90! Saya survey di site yang lain, paling murah yang pernah ditawarkan pun ialah RM75.

Klik sini untuk lebih bersemangat nak diet!

Klik sini untuk dapatkan alat penimbang dengan diskaun hebat!


Ada banyak lagi barang-barang di Lazada Mega Sales ini dengan diskaun hebat sampai rambang mata nak memilih. Diskaun yang ditawarkan daripada serendah 80% sehinggalah kepada 98%.

Yang paling penting, berbelanja online ini memang sangat menjimatkan masa (cari parking, traffic jam, dll) dan tenaga.

Jangan lupa untuk terus intai-intai page Lazada ini mana lah tahu mungkin harga-harga barangan nya turun lagi!

Jom sama-sama meriahkan hujung-hujung Lazada Mega Sales ni!




0 comments: