Keputusan PT3 diumumkan esok (14 Disember 2015)

Sunday, December 13, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...




Keputusan PT3 untuk tahun 2015 akan diumumkan esok. Pasti lebih 450,000 pelajar yang menduduki Peperiksaan PT3 (Pentaksiran Tingkatan 3) yang menggantikan peperiksaan PMR  mulai tahun 2014 ini berdebar-debar menantikan hari esok kan.

Semasa peperiksaan PT3 dijalankan pada tahun lepas, ramai kawan sepejabat saya yang merungut dengan format baru peperiksaan yang kata mereka menyebabkan ramai pelajar mendapat keputusan yang teruk, termasuk lah anak-anak mereka, Tapi bukan semua, ada juga anak-anak kawan saya yang dapat keputusan PT3 yang cemerlang.

Macam  mana agaknya keputusan PT3 tahun ini ya?

Pelajar-pelajar boleh mula menyemak keputusan PT3 bermula jam 10.00 pagi esok , 14 Disember 2014. Pelajar-pelajar boleh mengambil keputusan PT3 di sekolah masing-masing atau menyemak keputusan secara online.

Bagi yang tidak berpuas hati dan ingin membuat semakan semula keputusan PT3, borang semakan semula boleh di dapati di sekolah masing-masing atau rujuk panduan Lembaga Peperiksaan di sini

Rayuan keputusan PT3 hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan peperiksaan diumumkan.






0 comments: