Dikurung empat jam kerana telefon bimbit

Wednesday, December 16, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Takutnya baca satu laporan dalam Utusan Malaysia pagi tadi.

Dikurung empat jam kerana telefon bimbit

Seorang lelaki ‘dikurung’ dalam sebuah bilik kecil selama empat jam oleh beberapa lelaki tidak dikenali akibat tidak mahu meneruskan pembelian empat telefon bimbit di sebuah kedai yang tiba-tiba mencecah RM10,000 berbanding harga asal dipersetujui iaitu sebanyak RM800. - Utusan Malaysia

Berita lanjut boleh baca di sini : Dikurung empat jam kerana telefon bimbit

dikurung empat jam kerana telefon bimbit
Sumber : Utusan Online


Kejadian berlaku di Kompleks Kota Raya, Jalan Tun Tan Cheng Lock. Dulu waktu masih kerja pejabat, memang saya selalu juga ke Kompleks Kota Raya. Kadang-kadang untuk beli barang, kadang-kadang untuk makan tengahari di tingkat atas dan kadang-kadang saja nak cuci mata window shopping. Pernah juga beli kamera di salah sebuah kedai di situ. Kawan-kawan kebanyakannya tak galakkan beli barang di sana sebab katanya tak original dan selalunya mudah rosak. Memang sekali itu sajalah saya beli barang yang mahal di situ.

Kompleks Kota Raya pun makin lama makin berubah wajah. Walaupun ada usaha-usaha mencantikkan imej Kompleks Kota Raya dengan beberapa renovation, tapi pada saya kompleks itu semakin tidak selamat dikunjungi bila bertambah ramai warga asing melepak atau berniaga di situ. Saya pernah menyaksikan pergaduhan warga asing di depan mata di depan kompleks itu, ditambah pula dengan beberapa orang yang kurang waras merayau-rayau di kawasan tersebut.

Ok, dah lari tajuk ni!

Dalam kes kena ugut dengan harga telefon bimbit yang lain dari harga asal dan dikurung pula selama empat jam, memang mangsa itu bernasib baik dapat lepas dengan selamat. Peniaga telefon bimbit itu dah biasa agaknya buat kerja kurung dan ugut orang begini?

Sepatutnya kes ini dilapor kepada pihak polis untuk tindakan yang lebih tegas (teringat pula saya kepada kes Low Yat). Dan jangan lupa, tindakan juga perlu dikenakan terhadap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi (KPDNKK) dan Kepenggunaan jika betul dakwaan mangsa yang aduan kepada KPDNKK tidak diambil berat dan tiada tindakan diambil. Syabas kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia yang berani bertindak menyerbu peniaga berkenaan.

Apa kata KPDNKK dalam isu ini? Jangan tunggu sampai kes Low Yat berulang kembali di Kompleks Kota Raya pula baru nak ambil tindakan!



0 comments: