Perhimpunan Agung Umno 2015 : Ada cerita gembira selepas bersalaman?

Saturday, December 12, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Saya tidak pernah ikuti Perhimpunan Agung Umno sebelum ini (saya bukan ahli Umno atau mana-mana parti politik). Tahun ini, disebabkan banyak isu-isu 'menarik' yang berlaku dalam parti utama orang Melayu ini, saya terasa nak tonton ucapan penggulungan Presiden di hari terakhir perhimpunan.

Tambah pula dengan satu ucapan 'menarik' semalam daripada wakil mahasiswa, saudara Farhan Khairuddin yang gesa kerajaan 'pantau' pensyarah yang 'cenderung memanipulasi dasar kerajaan' katanya.
Mesti pensyarah-pensyarah saudara Farhan di UKM  'kecik hati dan terasa' dengan gesaaan Farhan itu. Pelajar suruh pensyarah dipantau! Adakah Farhan yang akan lebih 'dipantau' oleh pensyarah selepas ini?
(saya pun lulusan UKM, tak pernah terlintas di hati minta pensyarah dipantau :))


Banyak yang disentuh dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Umno tadi , daripada isu kos sara hidup, isu TPPA, isu tambang komuter naik dan tambang ERL yang naik dari RM35 kepada RM55 baru-baru ini (PM/Presiden umumkan beberapa diskaun untuk isu ini), perancangan menjelang 2020, isu PRU akan datang dan isu dalaman parti sendiri. Yang menarik ialah bahagian akhir, selepas habis penggulungan, Presiden bersalaman dengan ahli-ahli majlis tertinggi yang ada di atas pentas.

Yang menarik ialah bila Presiden bersalaman dengan Timbalan Presiden nya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

najib dan muhyiddin bersalaman


Semua orang sedia maklum kan mengenai krisis antara kedua-dua individu ini.

Tapi entah kenapa, bila melihatkan kedua-duanya bersalaman di Perhimpunan Agung Umno ini, saya teringat balik gambar yang disiarkan di akhbar di mana kedua-dua nya bersalaman di sebuah majlis, sehari sebelum pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ketika itu saya memang terkejut esoknya bila tahu isu pemecatan itu. Sebab baru semalamnya gambar bersalaman di siar di akhbar.

najb dan muhyiddin


Semoga bersalaman di Perhimpunan Agung Umno 2015 kali ini membawa kepada cerita yang lebih gembira. InsyaAllah...

Doakan yang baik-baik sahaja ya!


0 comments: