The Good Dinosaur - Atasi Rasa Takut Anda!

Saturday, December 05, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Malam semalam saya berkesempatan mononton wayang 'The Good Dinosaur' di TGV Cinema, Aeon AU2. Laaaaaaaaaaaaama dah sebenarnya saya tak tengok filem di panggung wayang. Layan 'The Good Dinosaur'  untuk anak-anak buah time cuti sekolah ini.

'The Good Dinosaur',  filem hasil gabungan Walt Disney dan Pixar Animation ini ialah filem santai yang sarat dengan nilai-nilai dan contoh yang baik untuk diikuti.

Secara ringkasnya, filem 'The Good Dinosaur' ini mengisahkan seekor anak dinosaur bernama Arlo yang mempunyai sikap penakut berbanding adik beradiknya yang lain iaitu Buck dan Libby. Ayah Arlo sentiasa cuba untuk membantu Arlo menjadi lebih berani tetapi suatu tragedi telah mengakibatkan ayahnya terkorban.

Suatu hari, Arlo telah terjatuh ke dalam sungai dan hanyut jauh dari tempat tinggalnya. Bermula dari peristiwa itu, pelbagai episod menarik yang ditempuhi oleh Arlo dalam usahanya mencari jalan pulang. Pertemuan dengan Spot, budak kecil yang tinggal di hutan, insiden cemas diserang ular ketika mencari buah beri, terserempak kumpulan dinosaur Nyctosaurus yang disangkakan penyelamat tetapi rupa-rupanya pemangsa, berkawan dengan 3 serangkai Tyrannosaurus yang membantu Arlo mencari jalan pulang dan banyak lagi plot-plot yang membuatkan filem ini tidak jemu ditonton.

the good dinosaur arlo and spot



Filem ini berlatar belakangkan alam semulajadi yang sangat indah dan sinematografi yang menarik menyebabkan saya rasa macam berada di tempat kejadian ketika menonton babak Arlo dan Spot dihanyutkan arus deras sungai yang mengganas.

the good dinosaur arlo and poppa


Antara ayat ayah Arlo dalam usaha membantu Arlo mengatasi rasa takutnya dalam filem ini yang saya suka ialah:


"Sometimes you got to get through your fears to see the beauty on the other side..." 
("Kadang kala kita perlu mengatasi rasa takut yang kita alami, sebelum kita dapat menikmati keindahan di sebalik ketakutan itu...")

Kalau anda ada plan nak bawa anak-anak menonton wayang musim cuti sekolah ini, filem 'The Good Dinosaur' pasti tak akan kecewakan anak-anak anda.

the good dinosaur arlo

the good dinosaur spot


Selamat Menonton!





0 comments: