Kecekapan juruterbang elak pesawat MH132 tersasar dari laluan

Sunday, December 27, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Pesawat MAS MH132 yang terbang dari Auckland menuju ke Kuala Lumpur, didapati telah menuju ke arah yang salah, Kesilapan disedari oleh juruterbangnya yang mendapati pesawat itu terbang lebih ke arah selatan daripada yang sepatutnya.




Tahniah kepada juruterbang yang teliti dengan arah penerbangan pesawat yang dikemudinya. Apabila juruterbang menghubungi pusat kawalan Auckland Oceanic mengenai keganjilan itu, beliau dimaklumkan bahawa pelan laluan penerbangan MH132 itu disediakan oleh syarikat yang mengawal trafik udara di New Zealand, iaitu Airways.

Tindakan pantas juruterbang yang kemudiannya mengawal pesawat MH132 kembali ke laluan yang betul iaitu Kuala Lumpur mendapat pujian pakar penerbangan New Zealand, Peter Clark

"Juruterbang itu telah melakukan satu kerja yang baik dengan peka akan keganjilan itu, bertanya kepada menara kawalan dan tidak secara membuta tuli terbang dan berakhir di Laut Selatan" - Peter Clark, pakar penerbangan New Zealand

Saya tak arif dengan hal-hal penerbangan, tapi nak tahu juga samada sebelum penerbangan,  tidak ada kah sebarang semakan dilakukan terhadap pelan laluan penerbangan?


Bagaimana jika juruterbang tidak perasan akan keganjilan laluan penerbangan itu?

Satu perkara yang buat saya berfikir lebih panjang ialah bila ada ramai netizen yang menulis komen sebegini:

Mungkinkah ini yang  berlaku kepada MH370? Juruterbang diberi pelan laluan yang salah?

Tapi macam kebarangkalian kehilangan MH370 disebabkan pelan penerbangan yang salah, sama kes dengan MH132 adalah kecil. Sudah tentu perkara ini dah termasuk dalam siasatan badan penyiasat dan perkara yang mula-mula sekali diteliti kan?

Teringat pula kepada insiden pesawat AirAsia QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang terhempas di Laut Jawa pada hujung-hujung tahun lalu, iaitu pada 28 Disember 2014.

Apa-apa pun, syukur segalanya selamat dan berjalan lancar bagi pesawat MH132. Doakan yang baik-baik saja untuk industri penerbangan dan semoga tiada insiden yang tidak diingini menjelang perjalanan kita menuju ke penghujung tahun 2015 ini..




0 comments: