Semakan Tawaran Ke Tingkatan Satu Sekolah Berasrama Penuh

Tuesday, December 15, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Macam mana dengan keputusan PT3 adik-adik @ anak-anak anda?

Banyak juga post di FB yang tunjukkan slip keputusan anak-anak dengan keputusan yang cemerlang seperti 10A dan 11A. Hebat!

Apa pun keputusannya, itu lah yang termampu. Bagi yang dapat keputusan cemerlang, tahniah dan teruskan kecemerlangan. Bagi yang kurang cemerlang, tahniah juga kerana berusaha dan mencuba, teruskan usaha anda!

Satu lagi debaran, mungkin tak se berdebar (ada ke perkataan macam ini??) ambil keputusan peperiksaan, tapi berdebar juga lah nak tahu keputusan nya, ialah semakan keputusan tawaran ke tingkatan 1 sekolah berasrama penuh.

Boleh semak di sini :

sst1.moe.gov.my

atau

https://sst1.moe.gov.my/semakansbpt1_2016_apdm/index.cfm

sekolah berasrama penuh


Tahniah bagi yang berjaya melanjutkan pelajaran tingkatan satu di sekolah berasrama penuh. Bagi yang tak berjaya, tidak mengapa, teruskan sahaja di sekolah harian yang ada. Berjaya masuk ke sekolah berasrama penuh bukanlah pentu kejayaan di masa akan datang. Sekolah harian juga telah berjaya membuktikan mereka mampu lahirkan pelajar-pelajar cemerlang, bahkan mungkin lebih cemerlang daripada yang belajar di sekolah  berasrama penuh.

Saya dulu juga mendapat tawaran ke tingkatan satu di sekolah berasrama penuh walaupun saya tidak memohon. Saya tolak tawaran itu sebab tak nak berjauhan dengan emak, anak manja kot. :P

Selepas tingkatan 3 pun saya tidak memohon untuk ke tingkatan 4 di sekolah berasrama penuh walaupun dapat keputusan yang baik dalam PMR. Kawan-kawan yang lain semuanya memohon untuk ke MRSM. 'Akibatnya', saya kehilangan geng kawan-kawan rapat saya dan bermula lah usaha mencari geng baru. Saya berjaya buktikan yang belajar di sekolah harian juga mampu dapat keputusan cemerlang apabila keputusan SPM saya lebih baik daripada kawan-kawan saya yang belajar di MRSM.

Belajar di mana pun sama saja, di mana ada kemahuan di situ ada jalan!




0 comments: