Gol pelik : Pengadil perlawanan PKNS lawan Kedah digantung

Wednesday, December 02, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

28 November lepas, peminat bolasepak tanahair dikejutkan dengan 'gol pelik' ketika perlawanan PKNS FC menentang Kedah di Stadium Selayang.

Mahu nya tak pelik, di saat pemain-pemain Kedah tengah seronok meraikan gol Sandro Da Silva pada minit ke-57, dan dua pemain Kedah masih lagi berada di kawasan pasukan lawan, pengadil perlawanan telah membenarkan pemain PKNS FC membuat sepak mula. Disebabkan itu, pemain PKNS FC berjaya menjaringkan 'gol pelik' pertama mereka.

Akibatnya:

Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk menggantung empat pegawai perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia membabitkan pasukan PKNS FC menentang Kedah di Stadium Selayang pada 28 November lalu.
Pengadil perlawanan Samsudin Ibrahim, penolong pengadil 1 Busrah Eri dan pegawai keempat Khairul Rizal Ismail digantung sementara waktu sehingga satu tindakan lanjut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa akan datang manakala penolong pengadil 2 Asmadi Noor digantung selama dua minggu. - Harian Metro

pengadil perlawanan pkns fc vs kedah digantung
Sumber : sinarharian.com.my


Walaupun pasukan Kedah telah pun layak ke separuh akhir Piala Malaysia dan keputusan penggantungan pengadil perlawanan PKNS FC vs Kedah ini tidak memberi sebarang kesan pun kepada keputusan perlawanan, tindakan ini tetap perlu diambil supaya perkara yang sama tidak berulang lagi di masa akan datang.

Satu pengajaran juga buat pengadil-pengadil yang lain supaya tak terburu-buru dalam membuat keputusan ketika mengadili perlawanan.

Saya tak pandai jadi pengadil, tapi kan kalau pengadil rasa kurang yakin atau was-was dengan sesuatu keadaan di padang tu, boleh ke pengadil diberi peluang tengok skrin di stadium dulu sebelum buat keputusan? Tak boleh ek?

Pengajarannya, jangan buat keputusan kalau tak pasti apa yang berlaku ya!

Katakan 'Tidak' kepada 'gol pelik'!


0 comments: