Hujung minggu layan tv

Saturday, December 19, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Salam hujung minggu.

Dah ada plan untuk cuti panjang minggu depan? Bermula dengan cuti umum sempena Maulidur Rasul pada 24 Disember dan esoknya 25 Disember cuti umum sempena Krismas, mesti ramai yang dah plan ambil cuti panjang kan. Mungkin ada yang dah ambil cuti panjang sampai ke tahun depan!

Di Tambak Johor pun berlaku kesesakan teruk sebab jumlah yang keluar masuk Johor-Singapura bertambah musim perayaan ini kan.

Dekat-dekat nak Krismas ini, banyak filem-filem bertemakan Krismas yang ditayangkan di TV. Dalam banyak-banyak filem, yang saya suka tengok banyak kali ialah filem Home Alone.

Memang dah lama filem Home Alone ni. Seingat saya, saya tonton filem ini di panggung wayang masa sekolah menengah. Pelakon utamanya,  Macaulay Culkin sebagai Kevin McAllister pun dah dewasa. Saya pun baru saja tonton Home Alone 2: Lost In New York di Fox Movies saluran 413 tadi. Daalm sekuel filem ini, Kevin tersesat di New York setelah tersalah naik kapal terbang. Ahli keluarga yang lain semuanya terbang ke Florida. Macam-macam lah cara Kevin buat untuk survive sorang-sorang di kota New York.


home alone lost in new york

Seronok pula tengok budak kecil travel sendirian di kota besar macam tu. Saya travel sorang macam tu rasanya tak lepas kot!

Hujung minggu ini nak duduk memerap di rumah saja. Layan tv sampai bosan.

Selamat berhujung minggu!

0 comments: