Nahas helikopter di Kampung Pasir, Semenyih - Jamaluddin Jarjis antara yang terkorban

Saturday, April 04, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...


Innalillahi wainna ilaihi rajiun.....





Al-Fatihah dan takziah buat mangsa nahas helikopter di Kampung Pasir Baru, Semenyih jam 4.50 petang tadi.

Helikopter AS365N2 Dauphin milik swasta itu dikendalikan oleh Solaire Services.

Helikopter tersebut membawa 6 orang penumpang termasuk juruterbang dan kesemua mangsa disahkan terbunuh.

Antara yang terkorban adalah Ahli Parlimen Rompin dan mantan Pengerusi TNB, Tan Sri Jamaluddin Jarjis. 

Difahamkan beliau turut menghadiri majlis resepsi anak Perdana Menteri di Pekan hari ini.





  



 









0 comments:

Apa cerita hari ini?

Saturday, April 04, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera....

Hujung minggu yang dinantikan setelah mengharungi hari bekerja yang panjang , sangat meletihkan dan sangat tidak best.

Dalam proses pencarian dan perjuangan untuk berhenti kerja, memulakan bisnes sendiri, mencari-cari bisnes online yang sesuai dengan jiwa raga, dan menjadi blogger yang berjaya, saya ditemukan/dijodohkan secara tidak sengaja dan kebetulan stumble upon/terbaca kata-kata hikmat yang sangat awesome, menarik tertarik d bom, menginspirasikan, mengujakan, memotivasikan, memberi semangat di surat khabar Utusan Malaysia pagi ini...

"DALAM HIDUP INI BUATLAH SESUATU KERJA YANG KITA SUKA DAN BUKAN SESUATU YANG KITA TIDAK SUKA DAN SECARA TERPAKSA"

"JIKA SESUATU MINAT ITU DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH SUDAH PASTI PENDAPATAN BOLEH DIJANA" (INSYAALLAH)

Best!




0 comments:

Kemunculan GST yang dinanti-nantikan

Wednesday, April 01, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Akhirnya GST muncul jua.

Saya kongsikan maklumat yang dikongsikan di whatsapp group untuk rujukan  bersama. Semoga kita semua akan menjadi  orang yang ber maklumat dan tidak menjadi mangsa peniaga yang memgambil kesempatan menaikkan harga barang.

Cukai Gst 6% akan dilaksanakan pada:-)  1 April 2015 (Rabu) menggantikan Cukai SST kini antara 5% hingga 20%
#kenaikan
Antara barang yang dijangka alami kenaikan harga adalah barangan seperti Handphone
kerana kerajaan telah mansuhkan cukai sebelum ini.
Contoh
Rm500 + 0% = Rm500
Rm500 + 6% = Rm530
#Kekal
Topup sekarang mempunyai cukai SST sebanyak 6%. Jadi apabila digantikan dengan Cukai Gst 6% maka tiada kenaikan akan berlaku.
#Turun
Perabot mempunyai cukai SST 15% sekarang. Apabila diganti dgn GST 6% maka harga perabot sepatutnya turun.
Contoh
1000 + 15% SST = 1150
1000 +   6% GST = 1060

Seperti yang sentiasa ditekankan sebelum ini kesemua barang makanan asas tidak dikenakan GST.
hampir 4000 jenis ubat utama tidak dikenakan GST.
KPDNKK telah mengeluarkan buku Panduan Harga Pengguna secara percuma. ÀTerdapat lebih 500 senarai barangan yang boleh dijadikan panduan ketika pengguna berbelanja.
ebook.kpdnkk.gov.my/ebook/PANDUAN_HARGA_PENGGUNA_-_ZON_TENGAH/index.html
Pengguna yang bijak sentiasa membuat perbandingan harga dan berbelanja mengikut keperluan.

1. Memilih dan buat perbandingan harga yang lebih murah
2. Memboikot Peniaga yang menjual harga yang mahal
3. Melaporkan peniaga yang mengambil keuntungan yang melampau salurkan ke :

1800886800 1Malaysia Centre
0388826245 War Room Kpdnkk
http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
sms : ADU (maklumat aduan)
hantar ke 32255
whatsapp : 0173436433
(whatsapp nama dan lokasi)
Pastikan anda simpan maklumat aduan anda. dapatkan feedback semula tentang aduan anda. Sekiranya tiada apa apa tindakan dari Pegawai. maklumkan pada
http://eintegriti.kpdnkk.gov.my
sikap TAKPELAH akan merugikan anda. cukuplah kita berdiam diri selama ini.
kita harus #BERTINDAK
#bertindak
#ambiltahu
#sebardansedar
#hakpenggunatanggungjawabanda

Bagaimana anda membantu kerajaan ketika GST dilaksanakan?
1. Dapatkan senarai barangan yang dikenakan atau dikecualikan GST di laman sesawang www.kpdnkk.gov.my
2. Gunakan senarai itu sebagai panduan untuk berbelanja.
3. Jika peniaga mendakwa kenaikan harga disebabkan GST, dapatkan resit bayaran daripada peniaga tersebut. Pastikan tertera nombor tauliah GST pada resit tersebut. Jika tiada atau anda mengesyaki peniaga itu menipu, SILA LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.
4. Jika peniaga gagal mengemukakan resit, ambil gambar barang dan harga. Jangan lupa ambil gambar kedai dan peniaga tersebut. LAPORKAN SEGERA KEPADA PIHAK BERKUASA.
5. Perlaksanaan GST sepatutnya tidak menyebabkan kenaikan harga, sebaliknya disebabkan peniaga mengambil kesempatan dan manupulasi oleh kartel serta orang tengah.
6. PENIAGA YANG MENGAMBIL KESEMPATAN MENAIKKAN HARGA AKIBAT PELAKSANAAN GST, MEREKA BAKAL DIKENAKAN DENDA SEBANYAK RM200,000.
7. Jadilah mata dan telinga kepada pihak berkuasa dan kerajaan bagi membanteras golongan peniaga tamak dan tidak berhati perut yang sentiasa mengejar keuntungan melampau.
8. Segala aduan hendaklah dilaporkan ke Bilik Gerakan KPDNKK di talian 03-88826245. Pastikan bukti DISIMPAN RAPI untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan.
9. Pastikan anda sentiasa mengemas kini info GST melalui laman sesawang
i.  gst.customs.gov.my
ii. www.kpdnkk.gov.my
Atau laporkan serta berkongsi pengalaman berhadapan peniaga yang penipu melalui laman sesawang
i.  www.ppim.org.my
ii. www.nccc.org.my

JADILAH MATA DAN TELINGA KEPADA PIHAK BERKUASA BAGI GOLONGAN PENIAGA TAMAK!

0 comments: