Permohonan baru BR1M dibuka mulai Sabtu ini

Thursday, December 03, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Sila ambil perhatian.

Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. - Astro Awani

Bagi penerima BR1M yang layak, jangan terlambat dan sampai terlepas tarikh akhir, 31 Disember 2015. Borang boleh dimuat turun secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Boleh daftar sebagai penerima BR1M yang baru atau bagi individu yang telah mendaftar sebagai penerima BR1M, boleh mengemaskini maklumat yang terkini.


permohonan baru BR1M 2016
Credit : Astro Awani

Sistem BR1M ini ada connection tak dengan sistem LHDN? Sepatutnya ada kan. Saya ada dengar cerita pesara yang menerima BR1M untuk tahun 2012 dan 2013, tapi untuk tahun 2014 tiba-tiba dapat surat kata tak layak terima BR1M sebab pendapatan isi rumah melebihi yang ditetapkan (kalau tak silap lebih kurang macam itu la isi suratnya). Pesara itu kecewa lah sebab tak ada beza pun pendapatan isi rumah dia untuk tahun 2014.

Bila bawa surat itu untuk semakan, rupanya ada rekod yang tertulis pesara itu masih ada pendapatan @ masih bekerja @ ada rekod dalam borang BE nya (maaf, saya ingat-ingat lupa cerita pesara ini, tapi nak kongsikan juga ceritanya!). Pesara itu diminta untuk mendaftar semula untuk bolehkan beliau mendapat semua BR1M ini.

Jadi bagi anda yang pernah dapat BR1M sebelum ini tiba-tiba dapat surat keputusan BR1M dikatakan tidak layak, sila lah ke pejabat BR1M yan berhampiran untuk semakan BR1M atau buat rayuan BR1M dengan segera. Mungkin sama kes dengan pesara tadi. Macam pesara tadi, beliau membuat semakan di pejabat BR1M di LHDN, Wangsa Maju (maaf ya, tak ingat tingkat berapa).


0 comments: