Hot Burger + Tudung Fareeda = Fizomawar Kitchen

Friday, December 11, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Tadi balik dari Bangi ada lalu depan restoran Fizomawar Kitchen. Dah buka ek? Masa saya berhenti di traffic light dari jauh tak berapa nampak dalam restoran tu. Kalau signboard restoran memang dah terserlah Fizomawar Kitchen dengan tulisan merah berlatarbelakang hitam itu.



Hebat Fizo dan Mawar kan, dah berkembang cabang perniagaan mereka.

fizomawar kitchen
Sumber : beautifulnara,com

Mawar, siapa yang tak kenal kan. Sebut saja tudung Fareeda mesti ingat Mawar, sebut saja Mawar mesti ingat Fizo tudung Fareeda kan. Jenama Fareeda pun baru saja keluarkan tudung Fareeda terbaru iaitu  'Princess of Persia'. Kalau tengokkan di FB, memang keluaran terbaru ini mendapat sambutan hangat. Saya suka koleksi  'Princess of Persia' yang warna-warna polos tu. Nampak simple dan ayu :)
tudung fareeda
Sumber : FB FareedaOfficial


Asyik membeli tudung saja, almari pun dah penuh dengan tudung kan! Apa kata jom cuba jual tudung-tudung kita yang masih elok sebagai langkah awal untuk mula bisnes tudung sendiri! 

Kalau sebut nama Fizo, mesti yang pertama sekali orang teringatkan bisnes 'Hot Burger' nya. Sehingga kini dah ada lebih 100 cawangan 'Hot Burger' di Kelantan, Johor, Melaka, Kuala Lumpur dan Selangor.

Betul ke boleh kaya dengan jual burger? Belum cuba belum tahu kan. Mulakan langkah pertama bisnes burger dengan tips hebat di sini!

Bila Fizo dan Mawar bergabung, terhasil lah  HotBurgerFareeda Fizomawar Kitchen. Daripada apa yang saya google, menu di Fizomawar Kitchen ini berkonsepkan Thailand daripada menu bapa saudara Fizo dan menu utara daripada datuk Mawar.

Yang uniknya, restoran ini tiada gelas atau pinggan untuk pelanggan. Ha, macam mana tu?

Kata Fizo, kalau nak tahu, kena lah datang sendiri ke restoran nya!

Jika ke Bangi lagi nanti, lepas merayau di butik Fareeda Bangi untuk tangkap sehelai dua tudung Fareeda, mungkin saya akan singgah pula di restoran ini!




Lazada Malaysia

0 comments: