Star Wars : The Force Awakens, demam kini bermula!

Thursday, December 17, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Star Wars The Force Awakens

Siapa dah tonton tayangan tengah malam Star Wars The Force Awakens malam tadi?

Siapa dah terjebak tukar profile FB kepada profile Star Wars siap dengan light saber tu?

Star Wars The Force Awakens

Demam Star Wars melanda (dah lama kot melanda) dengan bermula nya tayangan Star Wars di pawagam-pawagam berdekatan.

Kali terakhir filem epik Star Wars adalah pada tahun 2005, Star Wars : Revenge Of The Sith yang mencatatkan rekod box office USD848 juta, iaitu 8 kali ganda kos produksi filem berkenaan.

Acara tayangan eksklusif Star Wars : The Force Awakens ini diadakan di TGV Cinemas Sunway Pyramid selama 8 jam, bermula jam 12 tengah malam tadi.

Pagi tadi jam 2 pagi lebih saya dengar ada beberapa pintu pagar dibuka, tanda ada orang baru balik. Mungkin baru balik dari tonton Star Wars agaknya!

Saya bukan peminat Star Wars, dan saya cuma kenal watak-watak Anakin Skywalker, Luke Skywalker, Princess Leia, R2D2, Darth Vader, C3PO, Yoda dan Chewbacca. Last yang saya tonton ialah Star Wars The Phantom Menace.

Itu saja yang saya tahu mengenai Star Wars!

Bagi peminat-peminat tegar Star Wars, selamat menonton Star Wars The Force Awakens, may the force be with you!





   

0 comments: