Saya dah beli Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda bila lagi?

Wednesday, January 13, 2016 Ana 4 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Pada awal tahun baru yang lalu, saya ada tulis mengenai rezeki seorang ibu tunggal memenangi cabutan bertuah Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional yang mana hadiahnya sangat lumayan bernilai RM1 juta. Dan saya pun beria-ia lah berazam nak beli juga SSP, mana tahu kalau-kalau ada rezeki nak menang RM 1 juta juga kan!

Hari ini saya berkesempatan pergi ke BSN cawangan Setiawangsa. Berkobar-kobar nak beli SSP, tapi tak adalah banyak mana, mulakan dengan RM200 dulu. Minimum SSP ini ialah RM10. Eh, jika memang dah tertulis RM1 juta itu rezeki saya, kalau saya beli SSP RM10 saja pun boleh menang RM1 juta kan? Itu namanya rezeki,

Masuk saja ke dalam bank, memang ramai orang. Nombor giliran saya 502x, ada lagi 27 orang sebelum sampai giliran saya. Waktu itu jam baru pukul 10:27 am. Ada 5 kaunter, tapi hanya 2 kaunter saja yang melayan pelanggan. Yang saya perhatikan, seorang pelanggan secara puratanya berurusan paling cepat pun ambil masa hingga 10 minit, bergantung kepada jenis urusannya. Tapi yang saya perhatikan, ada juga seorang dua pelanggan yang ambil masa laaaaaama betul, tak pastilah apa urusannya.

Lama sangat menunggu, sampai gambar tong sampah pun saya snap!

Setelah menunggu selama 1 jam 18 minit, tiba lah giliran saya. Memang tanya beberapa soalan lah sebab saya pun pertama kali beli SSP ini. Tak payah isi borang pun, cuma berikan kad pengenalan , staff bank akan check samada maklumat kita ada dalam simpanan mereka atau tidak, lepas itu bayar berapa jumlah SSP yang kita hendak beli. Sijil SSP ini rupanya dah tak macam dulu. Saya pernah tengok sijil yang lama itu cantik sikit rupanya. Kata staff bank itu, sijil yang baru memang macam ini rupanya (resit yang di cetak dengan maklumat saja) sijil yang lama itu kalau hilang kena bayar RM5. Kalau resit macam ini hilang, cuma perlu ke BSN dan beri nombor kad pengenalan saja untuk staff bank check kan sijil itu.

Macam ini rupanya sijil SSP, macam resit saja (memang resit pun)


Kata staff BSN itu, kalau nak beli SSP bagi pihak orang lain pun boleh, cuma sebutkan nombor kad pengenalam ,tak perlu nak bawa kad pengenalan bersama pun. Mudah kan? Cuma kalau ada nak tukar nama atau apa-apa info lain, yang itu kena bawa tuan punya diri sekali ke bank.


SSP ini ada beberapa kali cabutan:




Ada juga saya terbaca di media sosial yang cabutan SSP ini tidak telus, tidak adil dan sebagainya.

Tak kisahlah. Rezeki di tangan Tuhan.

Ada rezeki, saya akan bawa pulang RM1 juta atau Mercedes Benz ya!

Tak salah nak berangan kan. Angan-angan dahulu, miliki kemudian.

Saya dah beli Sijil Simpanan Premium (SSP). Anda bila lagi?



4 comments:

  1. Tak salah berangan - angan atau bercita cita. Rezeki siapa tahu. Mula sebanyak mana yang mampu, yang penting konsisten dalam menabung. Sama juga dengan mana - mana simpanan dan pelaburan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Azwan :)
      Tq ya singgah blog saya!

      Delete
  2. satu yg pelik, pasa hari undian, pemenang mcm tau dia nak menang, seolah cabutan dijalankan lebih awal atau sudah dirancang?

    ReplyDelete