Jualan tudung online bantu Naelofar Hijab cecah jualan 50 juta tahun ini

Friday, December 18, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera..

Tahniah Naelofar Hijab, jualan cecah 50 juta tahun ini!

Pengarah Naelofar Hijab, Nabila iaitu kakak Neelofa berkata pihak Naelofar Hijab sendiri terkejut dan tergamam dengan keuntungan berlipat ganda, yang jauh daripada sasaran mereka.

Terbukti perniagaan tudung online mendatangkan keuntungan yang besar apabila Naelofar Hijab mendapat jualan tertinggi melalui online dan media sosial. Dengan lebih 700 pengedar di seluruh dunia termasuk di Belanda, Singapura, Amerika Syarikat, Brunei, London dan Australia kini sedang mencari peluang eksport yang lebih besar.

Hebat kejayaan Naelofar Hijab ini.  Boleh jadi inspirasi untuk sesiapa yang baru nak mulakan bisnes tudung online.

Semestinya kejayaan Naelofar Hijab ini bermula dengan langkah demi langkah.

naelofar hijab
Sumber : Utusan Malaysia



Bagaimana caranya untuk memulakan bisnes tudung dengan MODAL KECIL?

Bagaimana menghasilkan SALE yang banyak tanpa KOS promosi yang TINGGI?

Mesti ramai yang tertanya-tanya soalan yang sama bila terfikir nak mulakan bisnes tudung online kan?

Macam Naelofar Hijab ini, mungkin salah satu resepi kejayaannya ialah harga setiap rekaan tudungnya adalah di bawah RM100.  Harga tudung murah dan mampu milik kan? Jadi boleh dijual kepada golongan masyarakat.

Mula dengan langkah yang kecil seperti cara dapatkan tudung dari pembekal tudung yang tawarkan harga tudung yang berpatutan, dan cara promosi tudung online dengan betul.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.  Kalau Naelofar Hijab boleh, mengapa kita tak boleh kan?





0 comments: