Patut ke kenakan caj tempat letak kereta di hospital kerajaan?

Tuesday, December 01, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Caj parking hospital : Siapa nak cari penyakit?

Artikel tulisan Marhaini Kamaruddin dalam ruangan Coretan Marhaen akhbar Utusan Malaysia hari ini sangat ada benarnya.

Langkah mengenakan caj itu adalah untuk mengelakkan 'mereka' yang tidak mempunyai urusan di hospital daripada menggunakan tempat letak kereta di hospital.

Sebagaimana yang dipersoalkan oleh penulis,

Siapa 'mereka' yang dimaksudkan ini?

Saya pernah juga beberapa kali melawat saudara-mara, jiran dan rakan yang menjadi pesakit di wad Hospital Kuala Lumpur. Mencari tempat letak kereta adalah suatu penyeksaan!

Sekurang-kurangnya perlu berpusing-pusing beberapa kali barulah berjaya cari tempat letak kereta yang kosong. Tapi saya tak rasa yang mengenakan caj tempat letak kereta akan selesaikan masalah-masalah ini!

Caj letak kereta di hospital kerajaan
Sumber : Utusan Malaysia 01 Disember 2015


Seperti kata penulis, siapa yang nak cari penyakit? Agak mustahil mereka yang tiada urusan di HKL atau mereka yang ada urusan di Chow Kit atau bangunan sekitar Jalan Tun Razak akan bersusah payah untuk meletakkan kenderaan di HKL.

Jadi persoalannya sekali lagi, siapakah 'mereka' yang dikatakan menyalahgunakan tempat letak kereta hospital itu? Adakah 'mereka' ini tidak akan letak kereta lagi di HKL setelah caj tempat letak kereta dikenakan?

Tidak cukupkah rakyat dibebankan dengan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan, sehingga kan untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan pun terpaksa membayar caj tempat letak kereta!

Kita sedia maklum yang hospital kerajaan adalah tempat utama golongan bawahan untuk dapatkan rawatan. Untuk orang yang kaya, mereka lebih memilih untuk ke hospital swasta. Jadi tak kan tidak terfikir pada fikiran pihak yang buat keputusan (kenakan caj tempat letak kereta) bahasa yang terkesan dengan langkah ini adalah golongan bawahan?

Yang sakit akan bertambah 'sakit' dengan caj tempat letak kereta ini.

Sakit hati!


0 comments: