Al-Fatihah : Tunku Abdul Jalil Iskandar Mangkat (1990 - 2015)
Assalamualaikum & salam sejahtera...
"Innalillahiwainnailaihirojiun... Semoga ALLAH SWT mencucuri rahmat ke atas roh anak saudara saya, Jalil yang baru mangkat kembali ke rahmatullah...al-Fatihah,"
Demikian dilaporkan dalam Sinar Harian, kata-kata yang ditulis di Instagram Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mengenai kemangkatan Tunku Abdul Jalil atau dikenali juga sebagai Tunku Laksamana Johor..
Almarhum Tunku Abdul Jalil dikesan menghidap kanser hati pada 20 Ogos tahun lalu dan telah menjalani pembedahan pemindahan hati pada awal tahun ini.
Sumber : Sinar Harian |
Laman rasmi Johor Southern Tigers juga telah merakamkan ucapan takziah atas kemangkatan Tunku Abdul Jalil:
Sumber : FB Johor Southern Tigers |
Almarhum Tunku Abdul Jalil merupakan seorang yang merendah diri dan dekat dengan rakyat serta menjadi sumber inspirasi bagi pesakit-pesakit kanser yang lain.
Sumber : FB Tunku Abdul Jalil Official |
Sumber : FB Tunku Abdul Jalil Official |
Terbayang-bayang lagi mesranya Almarhum Tunku Abdul Jalil mengusik jururawat di Hospital Sultanah Aminah Johor, Yang tidak pernah bertemu dengan Almarhum pun terasa dengan kehilangannya, apa tah lagi keluarga dan mereka yang rapat dengan Almarhum. Yayasan Kanser Tunku Laksamana menjadi sumbangan bermakna Almarhum bagi pesakit-pesakit kanser di negara ini.
Menurut Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli waktu ziarah bermula dari jam 9 pagi sehingga 11.30 pagi Ahad, di Istana Besar Johor.
Almarhum Tunku Abdul Jalil akan dikebumikan di Makam DiRaja Jalan Mahmoodiah
Menurut Pengerusi Majlis Jumaah DiRaja, Datuk Abdul Rahim Ramli waktu ziarah bermula dari jam 9 pagi sehingga 11.30 pagi Ahad, di Istana Besar Johor.
Almarhum Tunku Abdul Jalil akan dikebumikan di Makam DiRaja Jalan Mahmoodiah
Al-Fatihah...
Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim
5 Julai 1990 - 5 Disember 2015
5 Julai 1990 - 5 Disember 2015
0 comments: