Cerita sedih : Yus Jambu dan Datuk Siti Nurhaliza

Tuesday, December 01, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Minggu ini kita dikhabarkan dengan 2 berita sedih artis dalam dunia hiburan tanahair.

1. Yus Jambu kembali ke rahmatullah ( 15 Mac 1976-30 November 2015 Innalillahi wainna ilahi rojiun)

Masih terbayang-bayang saat kemenangan Yus Jambu sebagai Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007. Kelibat Yus yang sering menghiburkan kita dengan jenakanya kini hanya tinggal kenangan apabila beliau kembali ke rahmatullah pada 30 November 2015 , jam 12:15 tengah malam di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.

Banyak kisah sedih hidup arwah yang dikongsikan di laman sosial dan blog , menceritakan susah payah arwah selepas menjuarai rancangan realiti itu.

yus jambu meninggal dunia
Sumber : Instagram dianaamir


Antara tagline Yus yang akan terus diingati para peminatnya...

"Kicap ada, kicap?"
"Boleh tuju lagu?"

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

Al-Fatihah....




2. Siti Nurhaliza keguguran selepas kandungan berusia 2 bulan

Setelah berkongsi kegembiraan dengan berita gembira kehamilan Datuk Siti Nurhaliza yang disiarkan dalam Utusan Malaysia bertarikh 13 November 2015, hari ini peminat turut sama berkongsi kesedihan dengan berita yang dikongsikan oleh Datuk Siti dalam laman Instagram nya.


"Ada sebabnya Siti enggan mengiyakan atau menafikan berita kehamilan tersebut. Usia kandungan pada waktu itu masih terlalu "fragile". Saya hanya menantikan waktu yang sesuai untuk mendedahkan berita gembira itu, namun takdir Allah telah tertulis,"  (Astro Awani)



siti nurhaliza keguguran
Sumber : Instagram ctdk


Betul kata Datuk Siti. Sememangnya Datuk amat bersyukur kerana doa nya untuk mengandung telah dikabulkan oleh Allah. Cuma belum rezeki untuk menimang cahaya mata untuk kali ini.
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ – Surah Al-Baqarah Ayat 156 )
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
(Ya Allah, berilah kami pahala kerana musibah ini dan tukarlah bagiku dengan yang lebih baik daripadanya), melainkan Allah akan menukar baginya dengan yang lebih baik.”








0 comments: