Cara mudah untuk kaya?

Sunday, May 29, 2016 Ana 2 Comments



Cara mudah untuk kaya?



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Baru-baru ini seorang rakan hantar pesanan di whatsapp mengajak saya menyertai satu skim yang agak 'menarik'(maaf saya tak dapat nak nyatakan di sini nama skim tersebut) . Secara ringkasnya, menurut rakan saya itu, skim tersebut adalah skim yang membantu golongan usahawan untuk memajukan perniagaan mereka dan pada masa yang sama kita sebagai ahli akan turut mendapat manfaat daripada perniagaan tersebut. Skim nya mudah. Hanya perlu mengeluarkan modal permulaan sebanyak RMZ,ZZZ untuk kali pertama. Dan sebagai ahli, kita juga akan mendapat produk-produk daripada perniagaan usahawan-usahawan yang terlibat dalam skim ini.

Yang 'best' nya skim ini ialah 'Tidak perlu menjual barang' dan 'Tidak perlu cari downline'. Dan yang paling best ialah ahli akan dibayar pada bulan ke-Y sehingga bulan ke-YY sebagai ahli,

Menarik kan? Panjang juga penerangan yang diberikan dalam whatsapp rakan saya itu. Lengkap dengan jadual pembayaran yang akan masuk ke akaun ahli dari bulan ke-Y hingga bulan ke-YY. Lama juga saya baca untuk hadamkan info-info tersebut. Dan saya akhirnya terhenti bila melihatkan jadual yang menunjukkan jumlah wang yang akan dibayar ke akaun ahli.

cara mudah untuk kaya


Saya bukan seorang yang arif dalam bab-bab perniagaan dan hukum hakamnya dalam Islam, tapi yang saya tahu, bukan kah keuntungan yang tetap atau terjamin itu dilarang dalam Islam? Dalam perkara begini, saya suka hendak merujuk jika ada perbincangan oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman, pakar kewangan Islam. Saya memang suka mendengar hujah Dr Zaharuddin di Tanyalah Ustaz (dah lama dah Dr tak muncul dalam rancangan ini). Memang hujah-hujahnya boleh buat kita termenung dan berfikir. Salah satu 'hasil' hujah Dr ialah saya sendiri telah membuat refinancing pinjaman rumah daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Islamik.

Berbalik kepada skim yang diperkenalkan rakan saya tadi. Hasil carian di google saya telah menemui artikel tulisan Dr Zaharuddin bertajuk 'Mengapa Pelaburan Tidak Boleh Menjamin Keuntungan (klik sini untuk bacaan lanjut)' yang bincangkan dengan detail dan lengkap sekali mengenai konsep keuntungan dalam pelaburan yang dibolehkan dalam Islam.

Mungkin juga ada yang akan mengatakan artikel tersebut merujuk kepada pelaburan dan skim yang diperkenalkan rakan saya ini bukanlah berbentuk pelaburan. Terpulang pada pendapat masing-masing. Saya memilih untuk merujuk artikel tersebut dalam membuat keputusan untuk tidak menyertai skim ini.

Baca juga:
Saya dah kekurangan duit ni....
Giliran haji 90 tahun dan 'Islamic Hotel'...


Melalui carian google juga saya menemui pelbagai info mengenai skim ini. Ramai juga artis yang menyertai skim ini. Dikhabarkan juga beberapa orang jutawan telah lahir daripada skim ini! Carian di FB juga menemukan saya dengan pelbagai info yang positif dan negatif mengenai skim ini. Walaupun skim ini dikatakan bukan berkonsepkan MLM, tapi ia tersenarai juga antara skim yang dibincangkan hangat oleh sebuah page berkenaan MLM di FB.

Mungkin saya yang rugi, lepaskan peluang untuk dapatkan keuntungan dengan cara yang agak mudah ini. Tidak mengapa, saya anggap saja tiada rezeki saya di situ.


:)


Nak jadi kaya dengan sekelip mata atau usaha panjat tangga kekayaan langkah demi langkah?
Belajar berbisnes dengan cara yang betul daripada mereka yang telah berjaya. Klik di sini untuk dapatkan panduan dalam buku 'Bisnes Cara Kami' sebagai langkah pertama anda dalam bisnes hari ini juga! 

2 comments:

  1. Tiada jalan lain untuk kaya. Kena usaha. Antara sebab skim2 cepat kaya ni berjaya tipu orang sebab mereka bagi harapan palsu dan janji manis yang nak kaya ni senang. Tapi semuanya dusta :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. T/kasih ya singgah blog saya. Betul tu Dedaun Comel, kena ada rasa 'syak wasangka' @ waspada sikit bila diajak sertai skim2 mcm ni..

      Delete