BSN lancar Virtual Teller Machine (VTM) pertama di Malaysia

Wednesday, December 16, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Teruja dengan Virtual Teller Machine (VTM) atau Mesin Juruwang Maya yang dilancarkan BSN semalam.

Mengikut maklumat laporan berita, VTM ini akan membolehkan juruwang semua cawangan BSN di seluruh negara membantu cawangan lain yang mengalami kesesakan dengan membantu melayan pelanggan menyelesaikan urusan perbankan mereka melalu sidang video. Ini akan memberikan pengalaman baru untuk rakyat Malaysia mencuba perkhidmatan VTM yang telah dinikmati oleh rakyat China, Canada, Eropah dan Amerika Syarikat.

Untuk fasa pertama, BSN menyediakan 93 unit VTM di 31 cawangan melibatkan 450 juruwang maya. Antara urusan kaunter yang boleh dibuat di VTM ialah pertanyaan baki, deposit dan pengeluaran tunai, pemindahan wang antara bank, pembayaran balik pinjaman dan kad kredit serta Sijil Simpanan Premium. VTM dilengkapi dengan perakam video dan suara dan menggunakan MyKad serta sistem biometrik untuk proses pengecaman identiti pelanggan.

virtual teller machine @ mesin juruwang maya
Sumber : Astro Awani

Menarik juga VTM ini. Juruwang maya itu mesti kena cekap dan pantas kan sebab orang ramai dah siap beratur di VTM. Kalau di kaunter, mungkin boleh rehat sekejap sebelum panggil nombor giliran pelanggan seterusnya. Atau adakah di VTM itu ada beberapa orang juruwang maya yang bertugas? Saya rasa kena cuba sendiri dulu servis VTM ini baru boleh faham macam mana ia berfungsi kan.

Kerjasama strategik antara BSN dan Vastcomp berjaya menghasilkan VTM sebagai revolusi baru dalam dunia perbankan di Malaysia. BSN pun sekarang dah berwajah baru dan segar  dalam usaha mengubah BSN daripada bank konvensional kepada bank komersial.

Tahniah untuk BSN kerana menjadi bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan penggunaan VTM untuk urusan perbankan. Peringkat permulaan mungkin akan ada masalah di sana sini tapi bila dah stabil dan boleh diterima oleh masyarakat, pasti bank-bank lain pun akan ikut jejak langkah BSN ini.


0 comments: