Jerebu teruk : China beli berbotol-botol udara bersih daripada Canada

Thursday, December 17, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Beli udara yang bersih yang dibotolkan?

Wah, macam kronik bunyinya bila udara bersih terpaksa dibeli kerana udara di sekeliling dah tercemar teruk dan beri kesan buruk kepada kesihatan.

Itulah yang berlaku di China.

Sebuah syarikat Canada yang pada mula nya membotolkan udara Rocky Mountains hanya sebagai satu gurauan kini telah mula menampakkan hasil apabila produk oksigen yang dibotolkan itu mula dijual di China.

China mula diselubungi jerebu teruk yang berpunca daripada pembakaran arang batu untuk bekalan elektrik dan pemanasan pada musim sejuk. Produk oksigen keluaran syarikat Vitality Air itu mendapat sambutan hangat di China dengan stok bekalan pertama habis dijual dalam masa empat hari.

Canada merupakan negara yang mempunyai tasik paling banyak berbanding negara-negara lain serta sebahagian besar air tawar dunia.

Vitality Air ditubuhkan tahun lepas di bandar Edmonton barat Canada dan telah mula membekalkan udara segar yang dibotolkan ke China kurang 2 bulan lalu. Penjualan semakin meningkat apabila jerebu semakin buruk di China.

Bersyukur Malaysia masih ada udara bersih untuk dihirup..

Sumber : telegraph.co.uk





0 comments: