Menanti ketibaan kanak-kanak Syria...

Wednesday, December 16, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saringan kemasukan 3,000 pelarian Syria ke Malaysia akan dilakukan oleh sebuah pasukan petugas khas diketuai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam usaha mengekang ancaman militan dan pengganas. - Utusan Malaysia

Kumpulan pertama rakyat Syria telah pun tiba di Malaysia pada 8 Disember yang lepas. Semasa tonton berita mengenai 8 orang rakyat Syria daripada 2 buah keluarga yang tiba di KLIA, saya sebenarnya tercari-cari sesuatu.

Saya tercari-cari di mana kah kanak-kanak Syria? Tidak termasuk dalam kumpulan pertama ini?

Bila di berita kan kumpulan pertama rakyat Syria tiba di Malaysia, memang imej kanak-kanak Syria lah yang pertama sekali terbayang-bayang di kepala saya, Terbayang wajah kanak-kanak Syria bersama ibu bapa atau keluarga mereka tersenyum setelah selamat tiba di tanahair kita.

Tersenyum kerana telah jauh daripada segala kesengsaraan di negara mereka sendiri,

Tersenyum kerana akhirnya mereka tidak perlu lagi ketakutan dihujani bom dan peluru yang tidak mengenal mangsa.

Tersenyum kerana tidak perlu lagi bergadai nyawa sehingga ada yang terkorban di tengah lautan dalam pelarian mereka.

Tersenyum kerana tidak perlu lagi lari tanpa kepastian samada akan diterima masuk atau dihalau dari tempat yang dituju

kanak-kanak syria yang mati lemas dalam pelarian
Sumber : Astro Awani


Mungkin kanak-kanak Syria atau keluarga yang mempunyai anak kecil bukan dalam kumpulan pertama ini agaknya. Mungkin dalam kumpulan yang seterusnya.

Di mana ya saya boleh tahu mengenai apa ciri-ciri kelayakan untuk memilih / menyaring pelarian Syria untuk diterima masuk ke negara ini?

Ada sebarang keutamaan diberikan kepada kanak-kanak , wanita atau warga emas?

Nur Jazlan turut menegaskan kemasukan kesemua imigran ini dibenarkan selepas mempertimbangkan kemampuan Mohamed dan Ali yang telah lama bekerja di sini menyediakan tempat tinggal segala perbelanjaan keluarga mereka selama berada di sini. - Sinar Harian

Oh, kumpulan pertama itu memang mempunyai ahli keluarga yang telah lama menetap di Malaysia rupanya. Untung lah mereka kerana ada ahli keluarga di sini yang dapat membantu memohon kemasukan mereka ke Malaysia kan.

Bagaimana agaknya nasib pelarian Syria yang lain?





0 comments: