Final Piala Malaysia 2015 : Selangor atau Kedah jadi pilihan?

Friday, December 11, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

red giant vs lang merah
Sumber : FB HarimauMalaya


Selangor lawan Kedah.

Red Giant vs Lang Merah .

Gergasi Merah lawan Lang Merah.

Teruja?

Semestinya penyokong-penyokong pasukan bolasepak Selangor dan Kedah tak tidur malam ini teruja menantikan perlawanan final Piala Malaysia 2015 malam esok di Stadium Shah Alam.

Di mana anda malam esok? Bersorak di stadium atau saksikan siaran langsung perlawanan final Piala Malaysia 2015 di televisyen?

Saya tak teruja sangat. Macam yang saya pernah cerita, saya lebih teruja kalau perlawanan yang libatkan pasukan kebangsaan. Tapi kalau pasukan kebangsaan Harimau Malaya, memang dah hilang sikit keterujaannya.

Untuk final Piala Malaysia 2015 ini, saya hanya kenal 2 pemain saja. Baddrol Bakhtiar dari pasukan Kedah dan Nazmi Faiz dari pasukan Selangor. Saya tak ikuti pun perkembangan bola sepak tempatan ni.

final piala malaysia 2015 kedah lawan selangor

Baddrol pada pendapat saya yang tak pandai main bola ni, kepakarannya hampir setanding dengan Safiq Rahim dari segi sepakan percuma (tapi saya belum pernah tengok la Baddrol buat sepakan penalti hebat macam Safiq). Dan yang paling terbaru bila Baddrol sempurnakan sepakan percuma Safiq untuk hasilkan gol tunggal dalam perlawanan menentang UAE bulan lepas.


final piala malaysia 2015 selangor lawan kedah



Nazmi Faiz pun pemain yang hebat sebab kelincahannya di padang. Dan saya ingat Nazmi pernah sanggup berkorban tak ambil SPM sebab nak bermain mewakili negara. Tapi kan, err...minta maaf sebab yang saya paling ingat mengenai Nazmi ini ialah cuma mengenai insiden melu*** pemain Timor Leste semasa dalam perlawanan di Sukan SEA yang lepas.Harap tiada insiden yang sama semasa final Piala Malaysia ini.

Dulu, suatu waktu dulu, saya pernah sokong pasukan Kedah. Sokong sebab ada pemain hensem Nidzam Adzha, Saya simpan semua keratan akhbar pasal Nidzam Adzha tau... heheheh! Nidzam Adzha pun dah berusia sekarang ini dan merupakan salah seorang jurulatih pasukan Kedah.

Kali terakhir Kedah bertemu Selangor di final Piala Malaysia ialah pada tahuh 2008 di mana Kedah menewaskan Selangor dengan jaringan 3-2. Adakah sejarah akan berulang buat Kedah atau Selangor akan bangkit dengan Misi 33 nya?

Apa-apa pun, semoga semua nya berjalan lancar dan apa yang dirancang kan menjadi untuk kedua-dua pasukan. Harapnya tiada insiden yang tak diingini berlaku di final Piala Malaysia 2015 ini (macam kecohnya keadaan semasa nak beli tiket perlawanan!).

Menang kalah kan adat pertandingan!

Jadi, apa pilihan anda?  Merah Kuning atau Hijau Kuning?


#FinalPialaMalaysia2015
#RedGiantVsLangMerah

0 comments: