Saya telah Tersuka Tanpa Sengaja!

Wednesday, December 23, 2015 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera..


Ok, saya mengaku saya dah gagal.

Saya dah gagal untuk mengotakan janji pada diri sendiri supaya tidak menonton drama 'Tersuka Tanpa Sengaja' sebab saya tak larat nak ikut dari episod ke episod.

Saya dengan tidak sengaja, telah tersuka drama 'Tersuka Tanpa Sengaja'!

tersuka tanpa sengaja
Sumber : Astrogempak


Tapi saya masih dapat mengawal diri tak tonton setiap malam dari Isnin hingga Khamis. Saya hanya tengok ulangan marathonnya hari Ahad jam 2 petang sampai 6 petang. Lagi teruk kan, 4 jam duduk depan tv!

Plot drama ini saya kadang-kadang keliru sikit, Sekejap Farhah dengan Syed macam dah ok, sekejap tidak. Scene tadi macam mesra sungguh lepas itu tiba-tiba ungkit benda lama dan bergaduh. Memang macam itu kot dalam novelnya ek?

Drama 'Tersuka Tanpa Sengaja' yang bersiaran di Astro selama 16 episod ini ada persamaan dengan kebanyakan drama-drama adaptasi novel yang lain iaitu kahwin tanpa cinta. Kalau anda macam saya yang tak sabar nak tahu jalan cerita drama ini, boleh lah baca novel 'Tersuka Tanpa Sengaja' secara online di blog penulis novel ini iaitu Pena Kayu. Ada 11 bab semuanya, saya sharekan link nya di bawah ya.


Bab 01 Tersuka Tanpa Sengaja
Bab 02 Tersuka Tanpa Sengaja
Bab 03 Tersuka Tanpa Sengaja
Bab 04 Tersuka Tanpa Sengaja

Mungkin kah akan ada kelainan jalan cerita antara versi novel 'Tersuka Tanpa Sengaja' dan drama adaptasi di tv? Selamat membaca ya!




0 comments: