Siapa tersuka drama Tersuka Tanpa Sengaja?

Wednesday, December 09, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Dah abis demam 'Tuan Anas Mikael'? Atau masih tak puas hati lagi dengan tuan punya tangan dengan  cincin besar tu? Hehehhe...

Bagi penggemar drama di Astro Ria, mesti dah mula pula demam dengan drama baru 'Tersuka Tanpa Sengaja' yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam, bermula malam ini.

drama tersuka tanpa sengaja di astro ria


Saya pilih untuk tidak tengok drama 'Tersuka Tanpa Sengaja' yang gantikan 'Tuan Anas Mikael' ini.

Kenapa?

Bukan sebab belum kebah demam 'Tuan Anas Mikael', tapi saya tak berapa nak larat untuk ikut drama-drama berepisod ini. Penat nak ikut dari satu episod ke satu episod!

Sekali dah mula tengok, mesti rasa nak tengok lagi sambungannya (kalau drama tu best la, kalau tak best bagus juga, tak payah nak tertunggu-tunggu episod seterusnya!).

'Tersuka Tanpa Sengaja' ialah drama adaptasi novel (banyak betul drama adaptasi novel sekarang ni kan. Nak tulis novel juga  lah macam ni!), karya Pena Kayu, dan diarahkan oleh Keoi Haji Khalid. Drama ini dibintangi oleh Emma Maembong dan Amar Baharin sebagai pelakon utama. Lagu tema drama 'Tersuka Tanpa Sengaja' bertajuk 'Cerita Kita' dinyanyikan bersama oleh Amar Baharin dan Amyra Rosli, menarik tu!

Peminat-peminat Emma Maembong dan Amar Baharin pasti setia depan tv untuk drama terbaru ini.

emma maembong dan amar baharin
Credit : infotaip.blogspot.com

Saya akan cuba untuk tidak tonton drama ini. Takut dah tengok sekali, saya pula akan 'tersuka tanpa sengaja' dengan drama ni!



0 comments: