Suka simpan barang lama?

Saturday, December 19, 2015 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & dalam sejahtera...

Membaca entry blogger terkenal Namee Roslan bertajuk 'Mom Syndrome' buat saya rasa macam saya baca mengenai diri sendiri! Bukan sebab saya seorang mom/ibu/mama/mummy atau sewaktu dengannya, tapi yang buat saya terasa ialah saya pun ada tabiat yang sama, susah nak buang @ bagi orang lain @ derma barang lama kepunyaan saya!

Kalau Namee Roslan susah nak derma kan baju-baju anaknya kerana ada banyak kenangan susah nak dilupakan, saya pun begitu juga. Cuma yang saya susah nak lepas kan ialah :

Baju kurung lama yang dah tak muat
"Eh , sayang lah nak derma baju ni, baju ni pakai masa first day masuk kerja tau!"

Report card @ kad laporan tadika
"Sayang nak buang, buat kenang-kenangan masa tadika...."

Kerusi beroda yang dah rosak tapi masih boleh guna
"Jangan lah buang kerusi tu. Kerusi tu arwah Mak Long yang beli kan, sedihnya nak buang..."

Radio lama yang dah tak boleh guna
"Radio lama ni arwah Mak Long punya, jangan buang. Biar je smpan dalam almarii!"

Kertas aturcara majlis penyampaian sijil tadika anak saudara
"Apa salahnya simpan, kenang-kenangan masa tadika kan...!"

Uncang teh Lipton
"Plan asal kumpul uncang teh ni sebab nak masuk peraduan Dip & Win Lipton tu...Tapi frust hancur berkecai harapan bila tengok kat website Lipton yang peserta dengan jumlah uncang paling tinggi setakat ni ialah 26,000 uncang! Uncang saya? Baru 72 uncang!! Tapi...sayang lah nak buang uncang ni, penat je kumpul...biar je la simpan dalam almari tu!"

uncang teh lipton
Uncang teh yang tinggal kenangan.....


Saya rasa yang paling kronik saya simpan sayang nak buang ialah uncang teh tu lah!

Kalau time berkemas baju-baju lama memang awalnya semangat nak derma baju itu, derma baju ini. Tapi last-last daripada 100 baju lama yang dikemas dan dibelek-belek, ada lah dalam 20 ke 30 baju yang berjaya didermakan, Yang lain tu, "eh, boleh pakai lagi baju ni", :nanti dah kurus boleh pakai balik baju ni" dan banyak lagi lah timbul alasan-alasan yang tak berapa nak logik demi 'misi' menyimpan baju-baju yang tak boleh nak pakai lagi tu.

Adakah ini dipanggil kedekut? Oh tidak!

Adakah ini dipanggil penyakit Obsessive Compulsive Disorder (OCD) Hoarder? Lagi lah bukan! Saya bukan simpan semuaaaaaa barang ok!

Rasanya nungkin lebih sesuai dipanggil terlebih sentimental kot!




0 comments: