Tambang ERL naik sampai RM20?

Thursday, December 03, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bila rakyat merungut kadar tol dinaikkan, keluar kenyataan dari bijak pandai;

"Kenaikan tol untuk galakkan rakyat guna pengangkutan awam"





Rakyat Malaysia yang 'penuh kesabaran, tolak ansur dan redha apa sahaja' pun terima lah kenyataan bijak pandai dan bersabar gunakan pengangkutan awam.

"Tambang ERL, KTMB dinaikkan mulai 1 Januari 2016"

"Kenaikan kadar tambang ERL sebanyak RM20 bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke Klia2 akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari "


tambang erl naik rm20
Credit : themalaymailonline.com



Apa dah jadi? Suruh rakyat gunakan pengangkutan awam tapi kemudiannya naikkan pula tambangnya?

Apa lagi agaknya ya kenyataan yang akan keluar selepas ini?

"Kenaikan tambang pengangkutan awam untuk galakkan rakyat guna basikal?"

Dikatakan tambang ERL telah 14 tahun tidak dinaikkan (sejak 2002).

Memang tak salah nak naikkan tambang ERL, tapi tak boleh ke dinaikkan secara berperingkat-peringkat? Kalau dinaikkan tambang ERL secara tahunan selama 14 tahun pun baru RM1.43 untuk setahun, tidak lah terkejut sangat sampai RM20 naik sekaligus!

Kalau betul syarikat ERL dan pengangkutan awam lain hendak menaikkan kadar tambang masing-masing, saya cadangkan supaya mereka tetapkan terus pada harga paling tinggi seperti RM300 atau RM500 sehala - Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM (Utusan Malaysia)

Apa agaknya pertimbangan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semasa meluluskan kenaikan tambang ERL ini ya?

Bagi tambang baru LRT pula, ada yang mengalami kenaikan, ada yang turun dan ada yang kekal. Boleh rujuk kadar tambang terbaru LRT di sini.





0 comments: