Aerotren KLIA terhenti sejam

Tuesday, December 22, 2015 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

aerotren klia terhenti sejam
Sumber : Astro Awani


Melihatkan gambar di atas cukup untuk gambarkan keadaaan di KLIA ketika aerotren terhenti selama sejam kerana mengalami masalah teknikal semalam.

Menurut MAHB, masalah dapat diatasi menjelang jam 3 petang dan bas digunakan untuk membawa penumpang ketika perkhidmatan aerotren terhenti.

Saya boleh bayangkan macam mana perasaan penumpang yang berdepan dengan masalah ini. Hendak nya pula ketika itu penumpang itu memang dah agak lewat sampai ke airport dan penerbangan nak berlepas dalam beberapa minit lagi. Mesti berpeluh dibuatnya kan!

Harapnya tidak ada lagi isu menjelang cuti umum panjang Maulidur Rasul dan Krismas hujung minggu ini. Dan mungkin juga MAHB boleh fikirkan alternatif lain selain gunakan bas untuk bawa penumpang jika masalah teknikal aerotren berulang lagi.

Dalam pada kita berkongsi keseronokan industri penerbangan dengan Rayani Air yang baru memulakan penerbangannya, ada pula cerita tidak seronok seperti masalah aerotren di KLIA ini dan juga isu kegagalan MAS memastikan 103 penumpang antarabangsa dari Myanmar menjalani pemeriksaan imigresen baru-baru ini.

Ada 9 hari saja lagi saki-baki tahun 2015, semoga semuanya yang baik-baik saja untuk industri penerbangan kita!


0 comments: