Drama Jepun, Meiko dan Bon Appetit!

Wednesday, October 19, 2016 Ana 3 Comments



Drama Jepun, Meiko dan Bon Appetit!



Assalamualaikum & salam sejahtera....


Siapa tonton drama Jepun 'Bon Appetit' di tv Al Hijrah?

Saya tak sengaja tonton satu dua episod yang lalu dan selepas itu terus ikuti setiap episod yang disiarkan setiap haru Rabu hingga Jumaat di tv Al Hijrah, jam 5:45 petang. Tapi selalunya jam 5:44 petang dah mula dan drama ini sekejap saja, dalam 15 minit dah habis.

drama Jepun Bon Appetit



Sesuai dengan tajuknya yang menggunakan bahasa Perancis, drama 'Bon Appetit' yang bermaksud
'Enjoy your food'  atau 'Selamat menjamu selera' ada banyak unsur-unsusr makanan dalam setiap episod yang ditayangkan. Drama ini mengisahkan seorang gadis bernama Meiko (lakonan Anne Watanabe) yang sangat suka kan makanan dan meminati bidang masakan makanan Jepun. Meiko ialah anak kepada seorang tukang masak yang juga pemilik sebuah restoran masakan Barat di Tokyo. Tidak kurang menariknya ialah drama ini turut berlatarbelakangkan zaman sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua.


drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit


drama Jepun Bon Appetit



Baca juga:
Drama Jepun yang best suatu ketika dulu....
Ingatkan drama Bon Appetit dah tamat....
Terima kasih atas hidangan ini.....
Tamat sudah Bon Appetit!

Yutaro (lakonan Masahiro Higashide) sebagai seorang pelajar universiti yang tinggal di rumah ibu bapa Meiko tertarik dengan minat Meiko yang begitu mendalam dalam bidang masakan. Bermula dengan bento atau bekal makanan yang comel yang disediakan setiap hari oleh Meiko untuk Yutaro, akhirnya kedua-duanya saling menaruh perasaan.

drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit

Setiap episod drama ini banyak dikaitkan dengan makanan mahu pun bahan-bahan masakan. Hingga saat Meiko dan Yutaro  berterus terang mengenai perasaan mereka pun dikaitkan juga dengan makanan. Saya tak ingat dialog yang sebenar tapi lebih kurang begini lah dialog yang diucapkan oleh Meiko kepada Yutaro apabila Meiko hendak berkahwin dengan Yutaro:

"Berikan saya peluang untuk sediakan makanan untuk sepanjang hidup awak"


drama Jepun Bon Appetit


drama Jepun Bon Appetit


drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit

drama Jepun Bon Appetit


Meiko juga menghadapi konflik perbezaan budaya setelah berpindah dari Tokyo ke Osaka mengikut suaminya Yutaro. Sikap dingin Kazue (Midoriko Kimura) iaitu kakak kepada Yutaro yang tidak dapat menerima kelainan masakan yang dibuat oleh Meiko serta Meiko yang bukan pilihan utama Kazue sebagai calon isteri Yutaro membuatkan keadaan semakin rumit. Panjang lagi rupa-rupanya siri drama ini, hingga 150 episod. Teringat pula drama Jepun yang popular,  Oshin yang bersiaran hingga 297 episod dulu.

Baca juga:
Drama Jepun yang best suatu ketika dulu....
Ingatkan drama Bon Appetit dah tamat....
Terima kasih atas hidangan ini.....
Tamat sudah Bon Appetit!

Di sebalik kerancakan demam drama Korea, kelainan yang ditonjolkan dalam drama Bon Appetit ini sememangnya menghiburkan.


Selamat menonton Bon Appetit!




3 comments:

  1. citer ni bila pula ditayangkan ? tv alhjrah tuka siaran la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ya Feenecute singgah blog saya :)
      Drama Bon Appetit ini dah pun tamat siaran di tv AlHijrah pada 22 Feb yang lepas.

      Delete
  2. Tak sempat tengok kesudahan, tv alhijrah tukar waktu siaran..

    ReplyDelete