Rayani Air, indah khabar dari rupa?

Friday, January 15, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

"First time naik Rayani AirPepatah Melayu berkata "Indah Khabar dari Rupa" ....."

Saspen juga saya bila baca ayat pertama dari posting seseorang di FB.


Rayani Air

Kenapa indah khabar dari rupa? Layanan Rayani Air tidak bagus ke? Pramugari Rayani Air tidak tutup aurat sepertimana yang dikhabarkan ke? Rayani Air hidangkan arak dalam penerbangan ke? Sebenarnya tiada doa musafir dibaca sebelum pesawat Rayani Air berlepas ke?

Macam-macam yang saya fikir bila baca ayat pertama dalam posting itu.

Bawa bertenang. Baca dulu ayat-ayat seterusnya





Kalau tak dapat tengok imej di atas, berikut adalah petikan penuh dari FB saudara Azli Ibrahim:

"First time naik Rayani Air Pepatah Melayu berkata "Indah Khabar dari Rupa" namun ia tak sesuai untuk Rayani Air. Yang sesuai adalah "Seindah Khabar dan Seindah Rupa" dan Memang hebat. Cabin Crew yg berpakaian sopan menyambut kami dengan salam dan senyuman. Sgt sopan dan sejuk mata memandang."

"Saya yg mmg batuk telah disapa oleh seorang cabin crew wanita dgn sopan sambil menawarkan air kosong utk mengurangkan batuk saya. Anak2 kecil juga dihadiahkan cup cake dgn penuh kasih sayjuga"

"Setiap pengumuman dimulakan dgn salam dan yg amat mengharukan apabila DOA dibacakan oleh kapten sebelum berlepas."
"Makanan ringan yg dihidangkan secara percuma juga amat menarik apabila setiap penumpang diberikan satu kotak yg berisi air epal mcm pek ribena serta satu pek kacang dan satu cup cake. wah ini lebih bagus dari MAS !!!!"
"Pendek kata service yg diberi oleh penerbangan Rayani Air adalah yg terbaik utk katagori penerbangan Domestik. Cuma Sayang penumpang tidak full board mgkn kerana tidak tahu bahawa @Rayani Sudah membuka jualan tiket onlinenya. Saya membeli secara online dgn Harga RM70 utk penerbangan dari KL ke KB."
"Tahniah Rayani Air dan cabin crews terutama Cik Norhidayah yg sgt baik hati dan suka membantu."

Syabas Rayani Air!

Walaupun banyak kritikan dari sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sistem patuh syariah Rayani Air (saya pun kurang pasti kenapa tak puas hati?), saya percaya Rayani Air merupakan pilihan terbaik bagi rakyat yang telah lama menantikan konsep patuh syariah dalam sistem penerbangan Malaysia.

Baca juga: Rayani Air ini rupanya indah khabar dari rupa...

Sebagaimana yang ditulis oleh seorang kolumnis sebuah akhbar yang saya baca semalam, penumpang tidak memilih untuk terbang dengan sesebuah penerbangan berdasarkan arak yang dihidangkan atau seseksi mana pramugari yang bertugas. Bukan itu yang menjadi faktor untuk menjadi penerbangan pilihan penumpang.


rayani air patuh syariah
Sumber : sinarharian.com.my


Berikan ruang dan peluang untuk Rayani Air untuk maju dan berkembang dan suatu hari nanti InsyaAllah, konsep patuh syariah dalam penerbangan bukan lagi sesuatu yang pelik dan asing dalam penerbangan Malaysia. InsyaAllah....





0 comments: