Oh My Ganu 2! : Pengakhiran di tangan anda!

Saturday, January 16, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bagi peminat-peminat Oh My English mesti tak sabar nak menonton telefilem terbaru Oh My English bertajuk Oh My Ganu 2! malam ini kan.  Telefilem ini adalah telefilem kelima selepas Oh My Ganu, Hello America, Villa Isabella dan Oh My Goat yang mendapat sambutan baik daripada peminat-peminat siri ini.

Selepas Cikgu Ayu (lakonan Tiz Zaqyah) bersetuju dan menerima lamaran Mr Henry (lakonan Zain Saidin) dalam siri terakhir Oh My English (2015), kini dalam telefilem Oh My Ganu 2! akan memaparkan persiapan perkahwinan Mr Henry dan Cikgu Ayu. Tetapi sesuatu telah berlaku menyebabkan Cikgu Ayu mengalami amnesia dan hilang ingatan. Zizang (lakonan Zizan) telah mengambil peluang ini untuk kembali membalas dendam (setelah kalah kepada Mr Henry dalam telefilem Oh My Ganu yang lalu) dan merebut cinta Cikgu Ayu sekali lagi.

oh my ganu 2


Siapakah yang akan menjadi pilihan Cikgu Ayu? Mr Henry atau Zizang?

Menariknya, pengakhiran telefilem Oh My Ganu 2! ini terletak di tangan penonton-penonton sendiri. Penonton berpeluang mengundi dengan hashtag #TeamHenry atau #TeamZizang di Twitter atau laman web rasmi Oh My English di www.ohmyenglish.com.my dan memilih pengakhiran yang mereka inginkan.

Selain Izzue Islam yang kembali dengan watak Aiman,(adik kepada Cikgu Ayu), bekas pelajar SMK Ayer Dalam seperti Jibam dan Izara Aishah, turut memeriahkan Oh My Ganu 2 ialah watak-watak kegemaran peminat OME, iaitu SYS, Zack, Mazlee dan Jojie. Turut serta ialah penampilan istimewa Dato Rahim Razali sebagai Tok Kadi.

Taylor dan Anusha tak join ek?

Jangan ketinggalan menyaksikan Oh My Ganu 2 di TVIQ saluran 610 dan Astro Maya HD (saluran 135) jam 9 malam ini!


Baca juga : Oh My Ganu 2: Kenapa Cikgu Ayu kahwin dengan Zizang!



0 comments: