Nak pesan satu fridge magnet!

Monday, January 18, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera...

Siapa suka kumpul fridge magnet?




Saya terbaca posting yang menarik dari FB Saya Backpacker mengenai fridge magnet yang selalu kita beli sebagai cenderamata atau souvenir untuk kawan-kawan atau kawan-kawan pesan untuk dibelikan fridge magnet bila kita pergi travel atau melancong ke mana-mana.

Kadang-kadang, bukan kita yang beli sebagai cenderamata, tapi kawan-kawan yang 'pesan' beli sebagai cenderamata untuk mereka. 'Pesan' di sini bermaksud beli kan untuk mereka tanpa disertakan sebarang bayaran ya!

beli fridge magnet bila melancong
Sumber : FB Saya Backpacker


Sememangnya bila pergi travel, salah satu perkara yang ada dalam senarai aktiviti atau itenary travel ialah beli cenderamata. Dan selalunya, kalau beli cenderamata itu, yang paling mudah ialah beli fridge magnet, key chain atau t-shirt.

Saya ingat lagi bila beli fridge magnet semasa travel ke London, tak henti-henti saya meng convert matawang pound kepada ringgit. Masa itu, tukaran ringgit berbanding pound ialah kali dengan 7. Maknanya, RM7 = 1 Pound. Lepas memilih-milih dengan 'gembira' fridge magnet yang pelbagai itu, tiba masa nak membayar, rasa berbelah bahagi pula nak beli ke tidak fridge magnet itu sebagai cenderamata, kejap ambil, kejap letak balik. Kalau nak beli, bukan boleh beli satu sahaja, kawan-kawan kan ramai. Last sekali, pejam mata saja pergi ke kaunter dan bayar!

Tapi kan, rasa berat hati nak beli fridge magnet sebagai cenderamata untuk kawan-kawan itu secara automatiknya hilang bila tengok wajah gembira kawan-kawan bila kita hadiahkan mereka fridge magnet tadi. Hilang dan lupa terus rasa 'mahal' fridge magnet itu!

Sebut pasal fridge magnet, rindu pula rasanya nak travel lagi....



0 comments: