Penerbangan terakhir MH19....

Thursday, January 28, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam

penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam


penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam


Penerbangan terakhir MAS MH19.

26 Januari 2016 menjadi hari yang menyedihkan apabila ia menjadi tarikh terakhir penerbangan laluan Amsterdam ke Kuala Lumpur , AMSKUL. Ini adalah susulan Malaysia Airlines Bhd (MAB) menamatkan perkhidmatan pesawat Boeing 777-200ER miliknya, bermula akhir bulan ini, Selepas ini,  penerbangan MH akan berkongsi kod penerbangan dengan Emirates, sebagai sebahagian daripada perjanjian antara MAS dan Emirates.

Ubat yang pahit terpaksa ditelan, sebagai penawar untuk bangkit lebih baik di masa hadapan. Langkah penamatan khidmat pesawat Boeing 777-200ER adalah salah satu daripada langkah rasionalisasi MAS.

penerbangan terakhir mh19 dari amsterdam
Langkah yang sukar demi masa hadapan yang lebih cerah....


Terasa sesuatu dalam hati bila tonton video penerbangan terakhir yang dirakamkan di lapangan terbang Amsterdam, anda boleh di link ini dan di link ini.

Tak pernah terfikir yang saya akan rasa sedih bila melihat kapal terbang terakhir berlepas. Dan yang pastinya bukan saya sahaja yang rasa macam itu. Begitu sekali dekatnya MAS di hati kita rakyat Malaysia.

MH19 ialah kod penerbangan baru menggantikan MH17 yang terlibat dengan nahas terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

MH17 tidak mungkin akan dilupakan oleh rakyat Malaysia mahupun masayarakat dunia.

MH17 tidak mungkin dapat saya lupakan.

MH17 terhempas pada 17 Julai 2014. Sama tarikh dengan hari lahir saya. Berita buruk MH17 ialah berita pertama yang saya dengar pada pagi hari lahir saya tahun 2014.

MH17 yang terhempas mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal. Salah seorang anak kapalnya adalah anak kepada kawan emak saya.

MH17 yang terhempas membawa bersama surat kiriman yang ditunggu oleh adik saya, Surat itu tidak kunjung tiba.

MH17 digantikan kod nya kepada MH19. Kumpulan kedua jenazah MH17 tiba dengan pesawat MH19 dari Amsterdam pada 24 Ogos 2014. Abang saya salah seorang anak kapal dalam penerbangan MH19 itu.

MH17 sangat dekat di hati.

Saya yang tidak terlibat secara langsung dengan MH pun terasa sedih dengan penamatan laluan AMS-KUL ini, apatah lagi staff yang terlibat sebagai ground staff di lapangan terbang Schiphol, Amsterdam. Tempoh 36 tahun perkhidmatan AMS-KUL bukanlah tempoh masa yang singkat. Perasaan anak kapal dalam penerbangan terakhir MH19 itu? Hanya Tuhan saja yang tahu....

Penerbangan terakhir MH19 telah selamat tiba di tanahair pada pagi 27 Jan 2016.

Semoga MH akan bangkit dan mampu untuk kembali terbang dari Amsterdam suatu hari nanti....InsyaAllah....

0 comments: