Puas hati dengan ending drama Sha dan Shah?

Saturday, January 30, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera.....

Drama Sha dan Shah telah berakhir dengan ending yang gembira (selalunya semua drama ending nya gembira kan?), Peminat-peminat drama Sha dan Shah bagaimana? Puas hati dengan ending drama Sha dan Shah ini?

Pada saya secara keseluruhannya (berangan jadi pengkritik kejap) drama Sha dan Shah ini boleh dikatakan drama yang menarik. Jalan cerita 2 sahabat baik yang berkahwin sesama sendiri untuk mengelak jodoh aturan keluarga, bagi saya ini jenis yang tak banyak menonton drama, jarang atau tak banyak (atau tak ada?) drama Melayu yang membawakan jalan cerita yang sebegini.

Mungkin disebabkan cerita utamanya ialah mengenai 2 sahabat baik ini, maka jalan ceritanya kebanyakannya fokus kepada Sha dan Shah. Sampaikan kadang-kadang saya rasa terlalu fokus hingga banyak (terlalu banyak?) babak-babak yang mengucapkan kata-kata sayang, cinta, rindu yang berulang kali dalam drama ini. Mungkin babak-babak sebegini (ucapan kata-kata tersebut di bilik, di meja makan, di pejabat, di restoran, di panggilan telefon) perlu untuk menekankan betapa mesranya ikatan antara Sha dan Shah agaknya.

Babak saspens di episod akhir drama Sha dan Shah akhirnya memberikan warna dalam perjalanan drama ini. Begitu juga dengan babak sedih (yang betul-betul sedih, bukan hanya merajuk main-main) yang menonjolkan sedikit mainan emosi pada watak Sha dan Shah ini.

drama sha dan shah

drama sha dan shah



Mungkin lebih menarik jika diserlahkan lagi watak antagonis Atilia dan Iskandar dalam drama ini. Atilia betul-betul 'mengganas' hanya di episod akhir manakala Iskandar 'tiba-tiba' menjadi watak seorang yang 'baik' dengan sendiri nya apabila menghampiri episod-episod akhir drama Sha dan Shah ini!

drama sha dan shah



Apa-apa pun, semua di atas hanyalah pandangan peribadi saya sahaja. Bagi yang melihat dari sudut lain, mungkin puas hati dengan drama Sha dan Shah ini. Peminat-peminat Sha dan Sha jangan marah ya!

Baca juga:

Drama Sha dan Shah : Babak apa yang anda suka?
Jom layan drama Sha dan Shah!
Lirik Lagu Hati-Hati (OST Drama Sha dan Shah)




Lazada Malaysia

0 comments: