Drama Sha dan Shah : Babak apa yang anda suka?
Assalamualaikum & salam sejahtera....
Siapa suka tonton drama Sha dan Shah? Babak apa yang anda suka dalam drama Sha dan Shah ini?
Ada tak yang perasan dalam drama Sha dan Shah ini sangat banyak adegan atau scene atau babak makan?
Contoh macam babak-babak makan kat bawah ini (maaf, kualiti gambar kurang sikit)
Scene kat atas ini baru beberapa scenee makan untuk episod-episod dalam seminggu (minggu kedua). Kesimpulannya, memang baaaaanyak lah scene makan dalam drama Sha dan Shah ini.
Setakat ini drama Sha dan Shah pada pendapat saya masih belum ada kisah yang serius. Jalan cerita drama Sha dan Shah setakat ini ringan saja. Belum ada scene yang bergaduh besar. Semuanya masih dalam keadaan selamat. Cik Atilia nak goda Shah. Tapi Sha tak kisah. Sha tahu dan kenal Shah macam mana. Iskandar nak goda Sha. Shah kisah dan marah. Tapi tak begitu saspen sebab Sha pun garang dan tegas dengan Iskandar dan Sha tahu jaga diri.
Jadi belum ada plot yang saspen dan mendebarkan dalam drama Sha dan Shah ini.
Macam dalam drama Tuan Anas Mikael, part saspen bila ada tangan dengan cincin besar di jari mengintai dari jauh. Heheh tak lah saspen sangat, saya tak ingat dah ada ke babak saspen dalam drama Tuan Anas Mikael ini. Tapi jalan cerita drama ini menarik, unik dan tak tertumpu kepada hero dan heroin sahaja.
Macam dalam drama Tersuka Tanpa Sengaja, part saspen bila Katrina dan Farhah dalam satu bilik di hospital. Saspen Kat akan tikam Farhah.
Mungkin kah minggu ketiga drama Sha dan Shah ini jalan cerita akan berubah? Akan ada konflik besar yang melanda Sha dan Shah? Ada banyak-banyak yang nest selain babak makan-makan?
Babak apa yang anda suka dalam drama Sha dan Shah ini?
Layan.......
Baca juga :
Jom layan drama Sha dan Shah!
Puas hati dengan ending drama Sha dan Shah?
Lirik Lagu Hati-Hati (OST drama Sha dan Shah)
0 comments: