Oh My Ganu 2! : Kenapa Cikgu Ayu kahwin dengan Zizang!

Saturday, January 16, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Oh My Ganu 2! Cikgu Ayu kahwin dengan Zizang!

Ending yang mengejutkan semua (ke saya saja yang terkejut??) peminat Oh My English!

Mr Henry yang terkejut dengan kemunculan Zizang


Ingatkan Mr Henry dah ada harapan semula time ni
Saya sangat konfiden yang Cikgu Ayu akan pilih untuk kahwin dengan Mr Henry!

Sebabnya dah banyak musim Oh My English yang memaparkan cerita Cikgu Ayu dengan Mr Henry. Dan akhirnya bila Cikgu Ayu setuju  nak kahwin dengan Mr Henry dalam episod terakhir Oh My English 2015 yang lepas, saya rasa itu lah ending yang menarik sekali. Dah lama kot Mr Henry tunggu Cikgu Ayu!

Cikgu Ayu oh Cikgu Ayu!
Dan saya yakin peminat-peminat siri Oh My English (betul-betul peminat) ini pun akan sokong Cikgu Ayu dengn Mr Henry. Zizang hanya muncul 2 kali, sekali dalam Oh My Ganu! dan sekali lagi dalam Oh My Ganu 2!. Itu pun dengan watak antagonis yang jadi orang ketiga antara Cikgu Ayu dan Mr Henry. Tapi kan, pada pendapat saya, kalau tengokkan pada tweet-tweet yang disiarkan sepanjang telefilem ini tadi, rasanya ada penonton yang tidak menonton Oh My Ganu yang lepas (sebab ada yang tweet macam terkejut kenapa Zizang itu watak jahat) dan ada antara yang tweet juga tak ikuti siri Oh My English (jadi tak pernah tahu mengenai Cikgu Ayu dan Mr Henry) , dan pertama kali tonton Oh My Ganu 2! ini, mereka menyukai watak Zizang dan bukannya Mr Henry....

Student Mr Henry dan Aiman yang susah payah tolong Mr Henry

Saya tunggu dan tonton hingga habis (habis sampai keluar rancangan lain hehhee) sebab nak pastikan betul-betul yang Cikgu Ayu memang kahwin dengan Zizang.

Time ni rasa lega ingatkan Cikgu Ayu dah ingat balik. Rupanya tidak!

Ingatkan Cikgu Ayu kahwin dengan Zizang itu cuma dalam mimpi Cikgu Ayu saja...

Ingatkan Cikgu Ayu suapkan Zizang makan tepi pantai itu sebab tolong Zizang yang dah sakit jiwa saja...

Mr Henry yang frust...

Sekali nampak Cikgu Ayu dengan Zizang dan anak-anak 4 orang lari-lari tepi pantai....

Hmmm...betullah Cikgu Ayu kahwin dengan Zizang rupanya......

Rasa macam frust pun ada tengok ending Oh My Ganu 2 ini.....

:(

Ikutkan di Twitter, kita disuruh terus mengundi. Adakah akan ada kejutan selepas ini?


Beza undian #TeamHenry dengan #TeamZizang


#OhMyGanu2
#OhMyEnglish




0 comments: