Bauksit : Jutawan segera hanya sementara...

Sunday, January 10, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Menarik bila baca kisah peneroka di Felda Bukit Goh yang dipanggil bod*h kerana menolak tawaran RM 1 juta untuk memajak ladang sawitnya sebagai kawasan perlombongan bijih bauksit.
Menolah tuah menjadi jutawan segera.

Bagi sesetengah orang, duit adalah segala-galanya. Ada duit, semua boleh dapat. Ada duit, semua akan beres. Duit boleh beli kebahagiaan. Duit boleh beli segala-galanya.

"Whoever said money can't buy happiness simply didn't know where to shop"

Eh, macam pernah dengar je ayat ni?

Berbalik kepada kisah peneroka bijak itu tadi.

Kenapa saya (bukan saja saya, ramai yang kata benda yang sama) kata peneroka itu bijak?

Memang kalau tak bijak, kalau tak fikir panjang, mudah jadi gelap mata bila ditawarkan duit sebanyak itu.

Tapi disebabkan peneroka muda itu panjang akalnya, melihat jauh ke masa hadapan, melihat masa depan diri dan keluarganya dan sedar yang duit walau banyak mana pun tidak akan kekal lama, maka peneroka itu menolak tawaran lumayan itu sehingga dikatakan bod*h.

bauksit di kuantan
Sumber : bharian.com.my

Hasil fikir panjangnya, peneroka itu tidak mengalami nasib yang sama dengan jutawan segera yang lain iaitu peneroka-peneroka yang lain yang telah kehabisan wang dan ada yang menjadi pengawal keselamatan untuk meneruskan kehidupan.

Perlombongan bauksit di Kuantan pun kini telah dihentikan buat sementara kerana menyebabkan pencemaran alam sekitar yang teruk. Selain pencemaran alam sekitar,  'pencemaran' yang lebih teruk ialah 'pencemaran' salah laku apabila beberapa pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kuantan, Pahang telah ditahan oleh pihak SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada pengusaha bauksit.

Demi duit, demi menjadi jutawan segera, orang sanggup lakukan apa sahaja....






0 comments: