Produk Qu Puteh ditarik balik dari pasaran kerana mengandungi merkuri

Friday, January 22, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Datuk Seri Vida akan menarik balik dua produk Qu Puteh daripada pasaran susulan laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan hari ini.


qu puteh whitening pro 9 dan uv block

Laporan KKM menunjukkan bahawa 2 produk Qu Puteh iaitu Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh UV Block mengandungi merkuri, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

kkm larang penjualan 2 produk qu puteh


Selain Malaysia, The Times Brunei turut melaporkan Kementerian Kesihatan Brunei juga mengharamkan penjualan produk kosmetik krim Whitening Pro 9 Qu Puteh dan produk kosmetik Whitening UV Block Qu Puteh dan produk ketiga yang dinamakan Chantique Beauty Slimming Herbal - AstroAwani

Pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida meminta pengguna tidak risau untuk menggunakan produk Qu Puteh yang lain kerana telah melepasi piawaian yang ditetapkan. Datuk Seri Vida juga terkejut bagaimana produk Qu Puteh boleh didapati di pasaran Brunei kerana menurut beliau Qu Puteh belum melantik pengedar rasmi di Brunei untuk memasarkan produk Qu Outeh.

Ada sedikit misteri di situ. Bagaimana produk Qu Puteh boleh sampai ke Brunei jika belum ada pengedar rasmi? Harap-harap bukan satu kes sabotaj terhadap Datuk Seri dan produk Qu Puteh.

Saya pasti Datuk Seri Vida sendiri telah terlebih dahulu memastikan produk-produk keluaran syarikat keluarannya selamat untuk digunakan orang ramai kan. Adakah mungkin produk yang dikatakan mengandungi merkuri itu adalah produk tiruan atau produk palsu yang mengambil kesempatan menggunakan jenama Qu Puteh?

Apabila dua produk Qu Puteh ditarik balik dari pasaran, rasanya pengguna produk-produk kecantikan kini bukan sahaja akan lebih berhati-hati memilih produk Qu Puteh, malah terkesan juga kepada produk-produk kecantikan yang lain kan.

Memang sebagai pengguna kita selalunya tidak begitu arif mengenai kandungan bahan dalam sesuatu produk kecantikan itu. Pada kita, yang penting, produk itu berkesan kan. Saya pun ada juga teringin nak cuba produk-produk kecantikan yang memang banyak di pasaran. Terlalu banyak produk kecantikan di pasaran sekarang ini dan setiap jurucakap syarikat kecantikan akan promosikan produk produk mereka sebagai yang terbaik di pasaran, yang diiktiraf di peringkat asia, yang pertama seumpamanya di Malaysia dan macam-macam lagi cara promosi. Kadang-kadang itu, ayat promosi macam terlebih puji sampai buat saya terfikir, eh, betul ke bagus sangat produk ni?

Bila dah terfikir macam itu, selalunya tak jadi lah saya membeli!

Sama juga dengan produk pelangsingan, bila terasa macam nak beli, saya teringat kata-kata Prof Muhaya dalam satu rancangan. Saya pun tak ingat apa nama rancangannya, dah laaaaaama sangat tapi saya masih ingat lagi kata-kata Prof. "Kenapa kita berani masukkan (makan) bahan-bahan dalam badan kita yang kita pun tak tahu samada selamat atau tidak untuk dimakan?"

Dengan berita penarikan balik produk Qu Puteh dari pasaran ini, semoga pengguna produk-produk kecantikan akan lebih berhati-hati dalam memilih produk kosmetik yang hendak digunakan.

Tak salah nak kelihatan cantik.

Cuma jangan tersalah pilih produk, kelak diri sendiri yang merana.


* Pendedahan terhadap merkuri juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, sistem saraf serta ruam dan iritasi kepada bayi yang terhidu bahan berkenaan - Astro Awani



Lazada Malaysia

0 comments: