Harga minyak merudum : BSN perketat syarat pinjaman buat pekerja sektor minyak dan gas

Thursday, January 21, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...


Bank Simpanan Nasional (BSN) bakal menjadi bank pertama yang dijangka mengetatkan peraturan terhadap pinjaman baharu yang ditawarkan kepada pekerja dalam sektor minyak dan gas - Utusan Malaysia

Tak tahu nak komen apa bila baca berita di atas.

Berita kurang baik buat pekerja sektor minyak dan gas yang baru bercadang hendak membuat pinjaman bank.

Selama ini, pekerja dalam sektor minyak dan gas dianggap pekerja dengan pendapatan yang lumayan. Ramai yang berminat dan berlumba-lumba nak dapatkan peluang pekerjaan dalam sektor minyak dan gas ini.

Namun, disebabkan harga minyak mentah yang semakin merudum semenjak akhir-akhir ini, Petronas sebagai syarikat minyak dan gas utama negara telah mengambil langkah penjimatan dengan mengurangkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi sebanyak RM50 billion untuk tempoh 4 tahun akan datang ini.

bsn perketat syarat pinjaman kepada pekerja sektor minyak dan gas

Penjimatan sebanyak RM12.5 billion untuk setahun itu masih dianggap kecil berbanding perbelanjaan Petronas yang dianggarkan sebanyak RM60 billion untuk setahun antara tahun 2014 dan 2015.

Sebagaimana yang diumumkan oleh CEO Petronas, langkah penjimatan yang lain adalah dengan mengurangkan lantikan pekerja kontrak, pemotongan sebanyak 20 hingga 30 peratus gaji bagi peringkat pengurusan atasan serta kemungkinan melaksanakan 4 hari bekerja sahaja.

Atas sebab-sebab ini mungkin, BSN telah mula mengetatkan peraturan pinjaman baru (menurut BSN, peraturan ini mungkin bersifat sementara sahaja) yang ditawarkan kepada pekerja sektor minyak dan gas di negara ini. Tidak mustahil bank-bank lain akan turut mengambil langkah yang sama.

Saya baru teringat.

Adakah apabila ramai pekerja MAS diberhentikan disebabkan pengstrukturan semula, bank-bank turut mengetatkan peraturan pinjaman kepada pekerja-pekerja MAS?

Begitu juga yang berlaku apabila Naza memberhentikan pekerja-pekerjanya sekitar bulan Ogos tahun lepas?

Mungkin juga sekarang bank akan memantau dengan lebih ketat pinjaman sedia ada yang dibuat oleh pekerja sektor minyak dan gas?

Ada tak rasanya bank membuat pengecualian jika pekerja sektor-sektor yang terjejas ini boleh memberi jaminan dan bukti yang mereka mampu membayar balik pinjaman yang dibuat?

Semoga pekerja-pekerja yang terjejas dengan penurunan harga minyak ini akan tabah menghadapi apa jua langkah yang diambil oleh pihak pengurusan...

Semua yang berlaku paati ada hikmahnya. A blessing in disguise.




0 comments: