Beli barang online : Jangan tertipu dengan peniaga licik!

Wednesday, January 27, 2016 Ana 2 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Beli barang online memang perkara biasa di zaman moden ini. Cara beli barang atas talian ini menjadi pilihan ramai kerana dapat menjimatkan masa dan tenaga untuk pergi ke kedai dan dalam masa yang sama tak sanggup hendak mengharungi kesesakan lalulintas.

penipuan beli secara online cecah rm9 juta

Sekarang segala-galanya hendak yang mudah dan pantas. Beli barang pun hendah mudah.dan pantas, Di mana ada permintaan, di situ ada penawaran. Sebut sahaja apa yang hendak dibeli. Nak beli tudung? Mudah saja. Akses ke laman web atau blog atau media sosial yang menjual tudung (banyaaaak sangat sekarang ini!), pilih mana yang berkenan di hati, ikut langkah atau cara-cara pembelian, buat pembayaran ke akaun penjual dan tunggu barang sampai ke rumah.

Paling cepat sekali, barang dipesan hari ini akan sampai esok hari.

Jika tidak pun, mungkin 2 atau 3 hari kemudiannya. Paling lambat mungkin ambil masa seminggu.

Atau pun, barang yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba....

"Berdasarkan rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, setiap hari sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan individu menjadi mangsa penjenayah siber yang menyamar sebagai pedagang internet. Penjenayah yang bergerak secara individu itu dikesan mengambil ke­sempatan memperdaya pelanggan di dalam laman sosial serta laman web beli-belah dalam talian seperti Mudah.my, Facebook, Lelong.com, E-bay.com serta aplikasi telefon bimbit seperti WhatsApp dan WeChat." - Utusan Malaysia

Anda pernah ditipu semasa beli barang online? Saya belum pernah, sebab saya tak berapa yakin nak beli barang secara online. Sedangkan semasa bekerja dahulu, saya menguruskan aplikasi yang menyokong perniagaan secara atas talian, e-commerce!

Belum termasuk masalah penipuan oleh penjual barang online, saya sendiri telah banyak menguruskan masalah-masalah lain yang melibatkan urusniaga secara online ini.Memang banyak. Mungkin sebab itu lah saya agak fobia hendak beli barang secara online!

Membaca laporan di Utusan Malaysia mengenai penipuan libatkan jualan secara online ini, memang saya tergelak bila baca perenggan ini;

"Terdapat juga kes pembeli membayar untuk mendapatkan telefon bimbit berjenama tetapi barangan yang dikirim adalah te­lefon mainan" - Utusan Malaysia

Ini memang kejam. tidak cukup dengan menipu wang pelanggan, ditambah pula sakit hati pelanggan yang tertipu itu apabila pnjual mengirim telefon bimbit mainan!

Jika saya yang hendak membuat pembelian barang secara online, ini langkah-langkah paranoid yang akan saya ambil:

1. Pastikan penjual/peniaga online itu adalah peniaga yang established. Telah berdaftar dengan SSM, ada nombor pendaftaran tertera di blog/media sosial tempat iklan barangan tersebut. Jika tiada, tidak salah untuk anda bertanya kepada peniaga tersebut.

2. Jika telah dapat nombor pendaftaran SSM, mungkin anda boleh jadi lebih rajin sedikit dengan menyemak nonbor tersebut di laman web SSM. Anda perlu mendaftar terlebih dahulu di SSM e-info, klik di sini. Ada sesetengah maklumat syarikat yang anda boleh dapatkan percuma di e-info ini dan untuk maklumat yang lebih terperinci anda perlu bayar untuk dapatkan maklumat tersebut. Saya pernah mencuba dan kalau tidak silap saya perlu membayar dalam RM15 (maaf jika silap, saya pun dah tak ingat) untuk dapatkan maklumat lebih terperinci mengenai sesebuah syarikat , contohnya nama pemilik syarikat, alamat syarikat dan jenis perniagaan.

3. Pastikan juga anda telah membaca review-review daripada pelanggan-pelanggan lain yang pernah membeli barang daripada peniaga tersebut. Jika banyak sangat review atau komen negatif, mungkin lebih baik anda lupakan saja hajat membeli daripada peniaga tersebut, * Saya gunakan cara ini sebelum buat keputusan untuk book bilik hotel. Ada sekali itu saya terlupa nak baca review, dan telah selesai book bilik sebuah hotel di Melaka. Bila teringat dan saya baca ada banyak komen negatif daripada penyewa bilik sebelum ini, saya pun apa lagi, dengan pantasnya batalkan tempahan dan cari hotel yahg lain!*

4. Pastikan anda menyimpan segala maklumat pembelian seperti  harga barang, bukti pembayaran,  sebarang maklumat tambahan yang anda telah maklumkan kepada penjual semasa membuat pembelian.

5. Buruk sangka atau syak wasangka memang bukan benda yang baik, Tapi adalah 'elok' jika ada sedikit perasaaan syak wasangka jika barang yang dijual secara online itu dijual terlalu murah berbanding harga-harga lain di pasaran. Buat sedikit semakan dan survey untuk bandingkan harga-harga penjual online yang lain untuk produk yang sama. Kalau nak lebih mudah, tanyakan saja kepada penjual itu, "Kenapa ek, awak jual baraang ini murah saaaaangat?"


Berhati-hati semasa beli barang online, jangan jadikan anda sebahagian daripada statistik ini!
statistik penipuan internet
Sumber : utusan.com.my

2 comments:

  1. salam. boleh saya dapatkan link penuh untuk table yg awak dapatkan di utusan.com.my tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mastura. T/kasih ya singgah blog saya. Link untuk table di atas boleh refer di sini :

      http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-669-ditipu-8216-saudagar-8217-internet-tahun-lalu-libatkan-rugi-rm9j-1.183606

      Delete