Menderma kini lebih mudah dengan terminal e-donation Bank Islam

Thursday, January 14, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Teruja tengok berita mengenai Bank Islam perkenalkan produk baru, terminal e-donation sebentar tadi.

Secara ringkasnya terminal e-donation Bank Islam ialah mesin atau terminal yang akan diletakkan di masjid-masjid di seluruh negara yang mana terminal ini membolehkan sumbangan derma dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit Bank Islam. Macam itu lah lebih kurang (kalau tak silap) maklumat yang saya tengok di berita tadi.

Setahu saya, belum pernah lagi rasanya ada servis sebegini ditawarkan oleh bank-bank lain di Malaysia. Servis yang merupakan servis 2 dalam 1, iaitu menyediakan kemudahan  untuk orang ramai menderma dan mendapat pula ganjaran pahala setiap kali terminal ini digunakan untuk menderma. Satu usaha inovatif oleh pihak Bank Islam, syabas!





Bank Islam menyasarkan untuk menempatkan 10 terminal e-donation ini di 10 buah masjid. Maklumat lanjut mengenai terminal e-donation ini tak pula saya jumpa di laman web Bank Islam.
Mungkin belum kemaskini agaknya.

Kalau perlaksanaan terminal e-donation ini berjaya, ia memang satu usaha yang baik untuk menggalakkan dan memudahkan lagi orang ramai terutamanya jemaah yang datang ke masjid untuk menderma. Rahsia rezeki bertambah berkat ialah dengan menderma dan bersedekah

Tiada alasan lagi untuk tidak menderma apabila ke masjid sebab tiada duit tunai dalam poket.

Kad kan ada!








0 comments: