Jom layan drama Sha dan Shah!

Wednesday, January 06, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....

Saya baru saja lepas tengok ulangan drama Sha dan Shah, sebuah drama adaptasi novel karya Sha Ibrahim di Astro Ria. Nak tengok jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis memang tak dapat, ada hal.

Masa tengok episod pertama drama Sha & Shah ini, saya ada masalah sikit nak dengar dialog Sha, lakonan Syatilla Melvin tu. Watak Sha ni cakap laju sangaaaaaat. Hendaknya nya scene bergaduh (banyak scene gaduh dalam drama ni), lagi lah laju Sha ni bercakap! Watak Sha ini memang nampak stress dan berkerut dahi saja memanjang, tapi kalau sekali sekala senyum memang manis.

drama sha dan saha

Drama ini macam berjalan sangat pantas. Daripada part mak Shah suruh Shah ni kahwin, lepas tu Sha dan Shah dah berkahwin, lepas itu tinggal serumah, lepas itu Shah keluar dengan boss Sha, Cik Atilia,  lepas itu Iskandar minat dengan Sha. Memang sangat pantas perjalanan drama Sha dan Shah ni!

Dengan 18 episod drama Sha & Shah ini, pasti banyak lagi plot menarik akan dihidangkan untuk peminat drama ini. Pelik sikit jenis perkahwinan Sha dan Shah ni. Sha kahwin dengan Shah sebab simpati dengan Shah (lakonan Kamal Adli), kawan rapatnya itu. Shah kahwin dengan Sha sebab tak nak kahwin dengan perempuan lain yang tidak dikenalinya. Lepas kahwin, Sha tak kisah Shah dengan sikap playboynya keluar dengan perempuan lain, siap boleh tolong coverkan gossip Shah bila ditanya oleh wartawan. Ada ek kahwin jenis macam ni?


Jom layan drama Sha dan Shah!


Baca juga :

Puas hati dengan ending drama Sha dan Shah?
Drama Sha dan Shah : Babak apa yang anda suka?
Lirik Lagu Hati-Hati (OST drama Sha dan Shah)




0 comments: