Jakarta Diserang : Takziah buat mereka yang terkorban

Thursday, January 14, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera....

Jakarta diserang.

Jakarta digegarkan dengan letupan bom dan insiden tembak menembak hari ini. Insiden letupan bom yang dicetuskan oleh pengebom berani mati bermula jam 10 pagi, waktu Indonesia, di hadapan kafe Starbucks Coffee di Jalan MH Thamrin dan turut melibatkan sebuah pondok polis di persimpangan jalan tersebut.

Untuk kronologi apa yang berlaku di Jakarta, boleh rujuk di Astro Awani , di sini.

Setakat ini menurut Kementerian Luar, tiada rakyat Malaysia yang terlibat.

Takziah buat mereka yang terkorban. Punca serangan dan pihak yang bertanggungjawab masih belum diketahui.

tembak menembak di jakarta
Sumber : AstroAwani

insiden letupan bom di jakarta
Sumber : AstroAwani

Menonton laporan berita di N5 di TV1 yang saya tonton sebentar tadi, antara maklumat yang dilaporkan seperti berikut:

1.  Letupan bom berlaku berhampiran Jalan MH Thamrin yang menempatkan beberapa hotel mewah, pejabat-pejabat termasuk pejabat PBB, pusat beli belah popular Sarinah dan bank pusat Indonesia.

2. Setakat ini, mereka yang terkorban ialah 3 orang awam dan 3 anggota pasukan keselamatan (yang terkini 7 orang)

3. Selain insiden letupan bom, berlaku juga serangan terhadap pondok polis dan tembak menembak dengan skuad anti pengganas.

4. Menurut saksi di tempat kejadian, tingkap kafe Starbucks Coffee itu bergegar sebelum letupan berlaku.

5. Setakat ini, dilaporkan 10 hingga 14 orang penyerang yang dilaporkan terlibat dalam insiden tembak menembak.

6. Urus niaga saham Jakarta dilaporkan jatuh sebanyak 1.7% selepas insiden ini.

7. Starbuck Coffee menutup semua cawangannya di Jakarta sebagai langkah keselamatan.

Adik saya berada di Jakarta atas urusan kerja ketika ini. Semoga segalanya selamat dan dilindungi Allah sentiasa.

Saya pernah ke Jakarta beberapa tahun lepas.

Saya tidak pasti apa atau bagaimana jika saya yang berada di tempat kejadian di Jakarta pada hari ini.

Sekali lagi, takziah buat mereka yang terkorban. Al-Fatihah.








0 comments: