Petronas mungkin pertimbang pemberhentian pekerja

Thursday, January 21, 2016 Ana 0 Comments




Assalamualaikum & salam sejahtera....


Petronas mungkin pertimbang pemberhentian pekerja

Berita yang tidak seronok didengar @dibaca.

Sebelum ini Petronas menyatakan hanya akan mengkaji semula pengambilan pekerja kontrak dan pekerja tetap tidak akan terjejas. Bermakna tiada sebarang langkah pemberhentian pekerja tetap.

Jika diikutkan berita yang dilaporkan di Astro Awani, berita ini (pemberhentian pekerja) masih belum dapat dipastikan kebenarannya kerana pihak Petronas enggan mengulas sebarang laporan yang bersifat spekulasi.

petronas pertimbang pemberhentian pekerja
Sumber : Astro Awani

Saya pula yang terasa debaran bagi pihak pekerja-pekerja Petronas. Bekerja di Petronas adalah impian kebanyakan rakan-rakan saya dan ramai antara mereka yang telah pun menyertai syarikat minyak dan gas utama negara itu. Adakah mereka akan terlibat dengan langkah pemberhentian pekerja ini?

Pasti pekerja-pekerja Petronas ternanti-nanti apakah nasib mereka nanti. Atau adakah mereka telah pun dimaklumkan melalui komunikasi dalaman? Mungkin juga.

Walaupun pekerja-pekerja Petronas yang diberhentikan akan ditawarkan VSS (Skim Pemisahan Sukarela), namun duit yang ada tidak akan kekal lama. Saya terbaca post di FB Dr Azizan Osman yang berkaitan dengan isu ini, Anda boleh baca di sini. Bacalah sampai ke ayat yang terakhir. Banyak manfaatnya.

Hebat sungguh kesan penurunan harga minyak mentah dunia. Siapa sangka, ramai yang tidak menjangka malah menolak kemungkinan berlakunya harga minyak akan jatuh sehingga bawah AS$40 setong. Harga terkini ialah AS$28.76 setong. Setakat ini tiada tanda-tanda yang harga minyak akan naik dan stabil semula.

Perkara yang tidak mungkin itu kini telah pun berlaku. Harga minyak semakin jatuh merudum.

Bagi Malaysia, kerajaan melapor akan kehilangan sehingga RM300 juta pendapatan bagi setiap USD1 kejatuhan minyak di peringkat global - Astro Awani

Bak kata Dr Azizan, cabaran ekonomi bakal melanda. 

Atau mungkin baru saja melanda? Jika keadaan seteruk ini ketika cabaran baru saja melanda, bagaimana pula keadaaannya bila cabaran sebenarnya telah melanda? Semakin banyakkah syarikat-syarikat gergasi yang akan mula pertimbang pemberhentian pekerja?

Doakan yang baik-baik saja......



0 comments: