Dapat rebat kad prepaid mulai 1 Jan 2016

Saturday, January 02, 2016 Ana 0 Comments



Assalamualaikum & salam sejahtera...

Rebat kad prabayar/prepaid akan mula dibayar mulai 1 Jan 2016 sampai 31 Disember 2016.

Saya lembab sikit nak faham cara rebat ini akan dibayar semula kepada pengguna. Yang saya faham, bagi pengguna yang telah tambah nilai kad prabayar (dengan harga selepas GST) mulai selepas penguatkuasaan GST pada April 2015, rebat akan dibayar balik kepada pengguna. Betul tak pemahaman saya ni?

Contoh:

Guna prepaid sejak 1 Ogos 2015.

Kerajaan mula kekalkan harga prepaid pada harga sebelum GST mulai November 2015.

Beli prepaid setiap 10 hari dengan harga RM10,60 (60 sen itu GST nya lah kan)

Jadi kalau kira setiap 10 hari mulai 1 November 2015 hingga 31 Disember 2015, maknanya ada 6 kali saya topup prepaid.

Jadi total GST = 6 x RM0.60 = RM3.60

Betul ke kira macam tu?

Jadi rebat GST berjumlah RM3.60 ini akan dibayar kepada saya mulai 1 Jan 2016 hingga Dis 2016, betul?

Dan untuk setiap prepaid yang ditambah nilai mulai 1 Jan 2016, rebat yang ditanggung bersama oleh kerajaan dan telco ini akan dibayar secara automatik kepada pengguna (warganegara Malaysia sahaja).

Macam yang ini kot:

rebat prepaid mulai 1 jan 2016



Dengan 28 juta pemegang akaun prabayar yang terdiri daripada warganegara Malaysia,  sempat tak rasanya semua rebat prepaid dibayar kepada pengguna? Dan ke mana nak mengadu jika pengguna tak terima rebat itu? Kepada telco atau SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)? Kenapa rebat ini hanya untuk tempoh setahun sahaja?



Untuk maklumat lanjut mengenai rebat kad prepaid ini bolehlah merujuk kepada laman web SKMM di sini.





0 comments: