Malaysia 1 - UAE 2 : Tanda kebangkitan semula Harimau Malaya?

Tuesday, November 17, 2015 Ana 0 Comments


Assalamualaikum & salam sejahtera...

 
Tadi saya sempat menonton aksi Malaysia lawan UAE dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 di Astro Arena.

Keputusan lepas wisel penamat : Malaysia 1 - UAE 2.

malaysia lawan uae
Sumber : FB HarimauMalaya
Perlawanan ini lebih sekadar kepada perlawanan mempertahankan maruah selepas dikalahkan oleh UAE dengan jaringan besar 10-0 pada pusingan yang lepas. Untuk mara ke pusingan ketiga, peluang sudah tertutup selepas keputusan seri 0-0 Palestin melawan Arab Saudi.

Perlawanan diadakan di Stadium Shah Alam yang kosong sebagai hukuman insiden baling suar ketika perlawanan menentang Arab Saudi September yang lalu.

Selepas baru saja kalah 6-0 (sekali lagi!) dengan Palestin baru-baru ini, memang tiada harapan diletakkan kepada team Harimau Malaya untuk mencipta sebarang kejutan.

Jadi, adakah maruah berjaya dipertahankan dalam perlawanan tadi?

Nampak lah kesungguhan pemain dalam percubaan mendapatkan gol dan juga usaha mempertahankan gawang daripada dibolosi dengan jaringan yang lebih besar.

Tapi cara gol pertama yang berjaya diperolehi UAE itu memang agak mengecewakan, sebab berpunca daripada kesilapan Azamudin Akil yang ter 'pass' bola kepada pemain lawan, Omar Abdul Rahman yang sepak dengan mudah ke gawang Malaysia.

Gol tunggal Malaysia dijaringkan oleh Baddrol Bakhtiar, hasil sepakan percuma cantik daripada kapten Safiq Rahim. Rezeki 'pengantin baru' Baddrol Bakhtiar yang baru saja melangsungkan perkahwinan.

Apa-apa pun, berdasarkan perlawanan tadi, mungkin masih ada sinar harapan untuk pasukan Harimau Malaya memperbaiki lagi dan lagi dan lagi mutu perlawanan dan penguasaan bola di tengah padang. Dan sedikit keberanian diperlukan untuk mencuri bola dengan cara tarik-tarik baju atau siku-siku pemain lawan berhemah. Corak permainan pun perlu diperkemaskan lagi sebab kadang-kadang nampak kelam kabut kalau nak dibandingkan dengan UAE.

Yang pastinya, legaaaa sebab tidak bolos dengan 10-0 lagi!

0 comments: