FAM didenda RM180,000. Apa kata Ultras Malaya?

Tuesday, October 06, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Baca surat khabar ruangan sukan pagi ini:

FAM didenda sebanyak RM180,000 (40,000 Swiss Franc)

FAM diberi amaran keras oleh FIFA.

Arab Saudi diberikan kemenangan percuma 3-0.

Malaysia akan bermain dalam stadium kosong menentang UAE pada 17 November ini.

Apa perasaan semua peminat bola sepak membaca hukuman di atas? Secara khususnya apa perasaan Ultras Malaya?

Inilah hasilnya selepas insiden baling suar di Stadium Shah Alam ketika Malaysia menentang Arab Saudi untuk kelayakan Piala Asia 2019/ Piala Dunia 2018 (rujuk cerita saya di entri yang lepas). Cerita Malaysia dan rusuhan ketika perlawanan bola sepak semakin 'mendapat tempat' di mata dunia.


FAM didenda, insiden baling suar

FAM khabarnya akan cuba membuat rayuan kepada FIFA untuk meringankan hukuman di atas.

Pasal FAM didenda dan diberi amaran keras tu saya setuju!  saya tak nak komen banyak. Yang itu FAM perlu banyak muhasabah diri. Renung kembali punca utama yamg mencetuskan insiden baling suar itu. Jangan hanya tuding jari kata ini semua salah Ultras Malaya atau penonton yang merusuh dan hanya mengingatkan peminat supaya mengambil iktibar!

Yang kasihannya ialah apabila satu gol yang dijaringkan Safiq Rahim malam itu tidak dikira (Arab menang percuma 3-0) dan lebih malang lagi bila perlu turun padang di laman sendiri tanpa sorakan semangat daripada peminat pada 17 November ini.

Apa kata anda? Apa kata Ultras Malaya?



 

0 comments: