Bila kambing naik pesawat!

Thursday, November 05, 2015 Ana 0 Comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Bila kambing naik kapal terbang, apa agaknya akan berlaku?

Tak pernah pula saya terfikir apa perasaan kambing bila dimasukkan ke ruang kargo kapal terbang. Adakah kambing tu rasa cemas? Teruja?

Bila baca pasal kapal terbang Singapore Airlines yang dalam perjalanan dari Adelaide, Australia ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Bali, Denpasar disebabkan kecemasan yang dicetuskan oleh kambing, rasa nak tergelak ada, rasa tertanya-tanya pun ada.

Pesawat itu terpaksa dilencongkan setelah gas yang dihasilkan oleh kentut dan najis 2,186 ekor kambing biri-biri telah mengaktifkan system penggera kebakaran pesawat tersebut.

        Kambing paksa pesawat mendarat
                     - Utusan Online -


Apa agaknya yang sebabkan kambing-kambing tu menghasilkan najis yang banyak sehingga gas yang terhasil mampu mengaktifkan penggera kebakaran?

Mungkin tak selesa dengan keadaan dalam bahagian kargo? Adakah normal bawa kambing sebanyak itu dalam sebuah penerbangan?

Mungkin selepas ini kena ada kaedah untuk menenangkan kambing sebelum pesawat berlepas? 😊

                              

0 comments: